Harian Metro

RAIMI MASIH PERLU RM20,000

-

Spy Bola berasa simpati dengan nasib yang menimpa bekas penjaga gol kebangsaan, Raimi Jamil yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Sehingga Khamis lalu (ketika artikel ini ditulis), Raimi belum menjalani pembedahan pintasan jantung yang sepatutnya dilakukan sehari sebelum itu.

Khabarnya kos untuk pembedahan itu adalah kira-kira RM40,000 yang mana Yayasan

Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) dikatakan setuju menanggung sebanyak RM20,000. Ini bermakna Raimi masih perlu mencari baki sebanyak RM20,000.

Dalam keadaan beliau sekarang yang hanya bergantung hidup dengan pendapatan isteri sebanyak RM900 sebulan, sudah tentu jumlah yang perlu dicari itu terlalu besar bagi Raimi.

Begitu pun Spy Bola yakin dalam situasi sekarang, tidak mungkin Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya akan duduk berdiam diri serta membiarkan Raimi terkapai-kapai tanpa bantuan.

Mungkin PBSNT hanya menunggu masa untuk menghulur bantuan kepada Raimi sebagai menghargai jasa beliau yang pernah mengharumk­an nama negeri itu suatu ketika dahulu.

Malah, kerajaan Terengganu melalui majlis sukan negeri juga dijangka akan membantu meringanka­n beban Raimi kerana memang selayaknya beliau dibantu.

Tidak mungkin PBSNT dan kerajaan negeri itu yang sentiasa prihatin dengan nasib atlet mereka mengambil sikap ‘habis madu sepah dibuang’. Harap-harap tidaklah.

Spy Bola: Suka madu.

 ??  ?? RAIMI
Jamil
RAIMI Jamil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia