Harian Metro

SITI FAIRUZ JAWAB PERSOALAN

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Single terbaru berjudul Rindu sebagai tanda masih wujud dalam dunia seni

Tidak ramai peminat yang menyedari kemunculan semula penyanyi Siti Fairuz dalam bidang seni suara pada 2008.

Ini kerana penyanyi lagu popular Bila Rindu Ku Sebut Namamu, ciptaan Datuk

Seri Dr Ahmad Nawab ini agak jarang muncul di dada akhbar serta kaca TV.

Bagaimanap­un, penyanyi popular era 1980-an ini mengakui amat bersyukur kerana mendapat respons positif daripada penganjur yang tidak putus menawarkan peluang membuat persembaha­n.

“Saya masih aktif memenuhi undangan menyanyi di pelbagai acara tak kiralah majlis kahwin, makan malam atau persembaha­n terbuka di khalayak ramai.

“Menyanyi sebenarnya ibarat berniaga kerana kadang-kadang tawaran banyak dan ada ketikanya sikit. Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana masih ada peminat. Kebanyakan mereka golongan lama tapi ada dalam kalangan peminat baru,” katanya.

Siti Fairuz, 54, berkata, artis senior sepertinya beruntung kerana dididik menyanyi dalam pelbagai irama sekali gus sesuai diundang menyanyi mengikut tema tertentu.

“Inilah kelebihan yang ada pada saya. Biasanya ketika persembaha­n saya lebih cenderung menyanyika­n lagu berentak irama Malaysia.

Tak ketinggala­n juga lagu berentak pop.

“Sudah tentu lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu dan Usah Bertanya Lagi menjadi lagu wajib yang diminta peminat. Bahkan, saya pernah menyanyika­n lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu sebanyak dua kali pada satu majlis kerana ada peminat terlepas menyaksika­nnya dan minta saya menyanyika­nnya sekali lagi,” katanya.

Mengimbas kenangan lama, Siti Fairuz mengambil keputusan bersara daripada dunia seni selepas mendirikan rumah tangga pada 1990.

Bagaimanap­un, dia mengumumka­n sudah berpisah dengan suaminya Muhamad Zainuddin pada 2008 sekali gus kembali aktif menyanyi sebagai sumber pendapatan.

“Syukurlah kekuatan lagu ciptaan Ahmad

Nawab memberikan rezeki buat saya. Saya juga menyanyika­nnya dalam bentuk asal tanpa pengubahsu­aian kerana menghormat­i beliau.

“Lagipun, peminat memang nak dengar nyanyian saya seperti asal tanpa penambahan. Cuma, saya ada keluarkan single terbaru berjudul

Rindu pada tahun lalu tapi tak berkesempa­tan buat pelancaran,” katanya.

Rindu memuatkan dua lagu terbaru, masingmasi­ng berjudul Mengapa Tak Setia, ciptaan Mat Din dan lirik Juwie, serta Tiada Penghujung Sinar, ciptaan Hang Mokhtar.

“Ini dilakukan sebagai tanda saya masih wujud dalam seni. Terbaru, saya ada lagi single yang akan dimuatkan bersama artis lain dalam sebuah album.

“Album ini memuatkan 14 lagu dan setiap artis menyanyika­n satu lagu popular mereka yang digubah semula oleh komposer S Atan. Dia turut mencipta lagu untuk setiap kami dan lagu untuk saya berentak irama Malaysia berjudul Samrah Berpesan di mana liriknya nukilan Siso,” katanya.

Siti Fairuz meminta supaya artis senior sepertinya diberikan peluang sama rata untuk muncul di media massa sama seperti artis baru.

“Mungkin peminat nak tahu mengenai artis baru membuatkan semua pihak mengutamak­an mereka. Bagi saya biarlah peluang sama rata diberikan kerana sama ada artis baru atau lama, kami sama-sama menceriaka­n industri dan cari makan.

“Saya amat berterima kasih dengan beberapa pihak seperti akhbar ini sendiri yang mewujudkan kolum artis lama,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Fairuz kini melangkah setapak lagi apabila menceburi bidang perniagaan dengan mengeluark­an minyak wangi jenamanya sendiri.

“Saya perlu cari alternatif tambah pendapatan kerana tawaran menyanyi ada turun naiknya. Selagi boleh cari rezeki tambahan, carilah kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku pada hari tua.

“Sementara ada kudrat, baik saya berniaga. Sebelum ini jual produk orang ada baiknya buat produk sendiri,” katanya.

 ??  ?? Mungkin peminat nak tahu mengenai artis baru membuatkan semua pihak mengutamak­an mereka. Bagi saya biarlah peluang sama rata diberikan kerana sama ada artis baru atau lama kerana kami sama-sama menceriaka­n industri dan cari makan
Mungkin peminat nak tahu mengenai artis baru membuatkan semua pihak mengutamak­an mereka. Bagi saya biarlah peluang sama rata diberikan kerana sama ada artis baru atau lama kerana kami sama-sama menceriaka­n industri dan cari makan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia