Harian Metro

Polaroid masih ada peminat

Ikuti beberapa tip untuk pastikan ia dalam keadaan baik untuk jangka masa lama

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Dalam dunia digital kini, kamera menjadi satu gajet wajib ada bagi semua orang. A dayang o b ses hingga mengumpul pelbagai jenis kamera tidak kiralah jenis D S L R, ana log atau polaroid.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk merakam detik penting bagi mengingatk­annya kepada satu satu peristiwa. Walaupun pelbagai rangkaian kamera canggih dijual di pasaran, kamera segera polaroid tetap ada peminat tegar tersendiri.

Polaroid adalah kamera yang menghasilk­an gambar secara terus selepas anda merakamkan imej sesuatu subjek. Boleh dikatakan, remaja lah yang paling suka dengan kamera jenis ini.

Gen Y percaya, ada antara anda yang gilakan pola roid.Ba g i yang baru berjinak atau sudah ada kamera segera ini, ada beberapa tip untuk membantu anda menjaga kamera polaroid kesayangan anda.

TEMPAT TAK TERLALU LEMBAP

Tidak terlalu sukar untuk menjaga kamera jenis ini. Cuma pastikan anda simpan di ruang dengan suhu bilik. Lebih terjamin jika anda meletakkan­nya di dalam kotak simpanan untuk mengelakka­n debu danhabuk.

Ada kotak khusus yang dijual di pasaran untuk kamera polaroid, tapi ada pilihan lain boleh anda gunakan seperti membeli kotak atau DI Y kotak kayu. Jangan lupa untuk letakkan‘ g e l silika’ di dalamnya untuk mengelakka­n daripada berkulat.

SENTIASA DALAM BEG

Walaupun harganya tidak semahal kamera jenis‘ tanpa cermin’ tapi ia mempunyai nilai keunikan tersendiri. Oleh itu, jika anda keluar untuk mengambil gambar di jalanan atau melancong, pastikan anda meletakkan di dalam beg yang sesuai.

Sebaik-baiknya, gunakan beg khusus yang agak tebal untuk menjaga badan kamera itu sendiri daripada hentakan dan sebagainya.

BERSIH SEBELUM SIMPAN

Kebanyakan­tidak pekahalini. Seeloknya, sebelum menyimpan, pastikan anda membersihk­an terlebih dulu kotoran dan debu yang adad i lensa dan kamera itu sendiri.

Saranan pakar, bersihkan kamera anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gunakan tuala kecil jenis khusus untuk membersih di kawasan sukar dan‘ b lower’ untuk menghilang­kan habuk di ruang sempit.

KELUARKAN BATERI JIKA TAK DIGUNAKAN

Ini tip paling penting. Ketika merakam gambar, adakalanya gambar boleh menjadi terlalu gelap atau cerah. Faktor pencahayaa­n adalah antara sebab utama, tapi tahukah andai a juga ada berkaitan dengan keadaan bateri?

Justeru, periksa terlebih dulu sama ada bateri anda dalam keadaan baik. Masih barua tau bateri yang sudah lama tersimpan.

Cara paling selamat, tanggalkan bateri sebelum anda mahu menyimpan kamera. Kualiti gambar lebih terjamin, keadaan kamera terjaga dan anda tidak akan menyesal sekiranya foto dirakam tidak menjadi di kemudian hari.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia