Harian Metro

JELAJAH BRUNEI 4 HARI

-

Program PEERs Travelogue Asia galak pertukaran idea antara mahasiswa

di peringkat global

tempa menarik di sekitar Brunei antaranya M uzium Sultan Brunei dan K ampung Air.

“Paling menarik bagi saya sudah tentulah K ampung Air kerana ia adalah perkampung­an yang membina rumah dan sekolah di atas air.

“Suasananya sangat mendamaika­n dan budaya mereka juga sedikit berbeza daripada kita.

“Jadi kami berpeluang belajar perkara baru untuk dikongsi dengan rakan dan keluarga,” katanya.

K atanya, sebelum pulang ke M alaysia mereka berpeluang melawat dan mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak istimewa di Pusat K anak-K anak C acat (K AC A).

“Walaupun pertama kali berjumpa, kehadiran kami disambut dengan baik oleh kanakkanak di situ.

“M ereka sangat teruja dan gembira dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama kami.

“M alah Pengetua K AC A juga berkongsi sejarah pusat itu yang sudah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu.

“Daripada pemerhatia­n saya, komuniti di Brunei sangat peramah dan bersatu padu terutama perkara yang membabitka­n aktiviti kemasyarak­atan.

“Oleh itu, saya berharap M alaysia juga dapat mewujudkan badan sukarela yang bergiat aktif dalam aktiviti sebegini.

“Bukan saja kita dapat merapatkan silaturahi­m malah menarik belia membabitka­n diri dengan aktiviti yang bermanfaat,” katanya.

Sebelum ini, PEERs pernah menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan di K emboja dan Indonesia.

Brunei destinasi ketiga dan mereka juga berhasrat terbang ke India untuk meneruskan misi murni ini.

Perbelanja­an dan pengangkut­an peserta sepanjang aktiviti kemasyarak­atan di Brunei ditaja oleh UiTM C awangan Johor, C otra Enterprise dan PDC Travel.

 ??  ?? SEBAHAGIAN sukarelawa­n PEERs ketika aktiviti membersihk­an masjid.
SEBAHAGIAN sukarelawa­n PEERs ketika aktiviti membersihk­an masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia