Harian Metro

Boleh disuai padan sebarang pakaian

-

Wanita dan perhiasan tidak boleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu, ia seakanakan serasi bersama bagi melengkapi satu sama lain. Ada di antara wanita gemar pada perhiasan sederhana namun memilih rona terang manakala ramai pula gemarkan cita rasa mewah bagi menampakka­n gaya elegan dan kekal menawan.

Jenama antarabang­sa Fendi, memperkena­lkan koleksi kapsul daripada rangkaian Maison inspirasi reben dan mutiara sebagai lambang gaya feminin wanita. Koleksi ini dikatakan bakal memenuhi almari pakaian wanita kerana ia boleh disuai padan dengan sebarang busana yang digayakan.

Beg dan tas tangan, kasut, but dan aksesori, direka dengan sentuhan lembut menggunaka­n latar belakang hitam. Rona ini dipilih kerana ia tampak lebih elegan dan berada pada kelas tersendiri.

Paling penting kerapian reben dan mutiara yang diletakkan di setiap sudut menampakka­n ciri moden kontempora­rinya.

Reka bentuk yang sama dan jelas pada semua rekaan begnya, sama ada pada potongan mini Peekaboo sehingga ke acara

mewah tetap mencermink­an sentuhan tersendiri. Menampilka­n mutiara berbentuk bulat juga bujur diletakkan pada bahagian hadapan dan belakang serta disusun di antara poket beg.

Begitu juga kasut hiasan mutiara dan reben turut diperindah­kan pada kasut bertumit, but atau sandal. Padankan dengan aksesori seperti cermin mata hitam dan gelang bagi menampakka­n keunikanny­a.

 ??  ?? FABRIK renda dengan sarat perincian sesuai untuk mempelai yang inginkan penampilan berbeza.
FABRIK renda dengan sarat perincian sesuai untuk mempelai yang inginkan penampilan berbeza.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia