Harian Metro

CUBAAN TENGKUJUH

- Mohd Nazllie Zainul am@hmetro.com.my

Musim tengkujuh dan hujan lebat beberapa hari di negeri ini tidak menjejaska­n pengeluara­n sayur-sayuran tanah tinggi di Kundasang.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kundasang,

Mariana Taliban berkata, pengeluara­n sayur di Kundasang mencukupi bagi menampung permintaan pemborong serta pelanggan berkunjung ke lokasi peranginan terkenal dengan kesegaran sayuran tanah tinggi.

Mariana berkata, cuaca ketika ini boleh dikategori­kan baik walaupun adakalanya hujan serta berangin, situasi berkenaan tidak menjejaska­n pengeluara­n sayuran.

“Setakat ini bekalan sayur cukup mencukupi dan ada masanya melebihi permintaan. Harga sayur juga tidak mengalami kenaikan kecuali sedikit penurunan harga sekiranya berlaku lebihan.

“Hal ini disebabkan tempoh pengeluara­n tanaman bagi setiap peladang berbeza. Jika semua hasil tanaman masing-masing dituai serentak, pasti berlaku pengeluara­n yang banyak di pasaran.

“Bagaimanap­un, situasi ini bukanlah hingga mengakibat­kan berlakunya lambakan sayur,” katanya ketika dihubungi.

Mariana berkata, musim hujan antara Oktober hingga Januari lalu diakui situasi sukar bagi peladang dan peniaga kerana banyak tanaman kurang mengeluark­an hasil, selain saiz agak tidak memuaskan.

Dalam pada itu, Mariana berkata, harga kubis bulat dan kubis panjang masing-masing ketika ini dijual RM1.20 sekilogram manakala cili merah berharga RM14 sekilogram.

“Kubis bunga pula sekarang dipasarkan dengan harga RM4 bagi gred A dan RM2 sekilogram untuk gred B.

“Sama seperti kubis bunga, brokoli dijual pada harga pasaran RM4 untuk gred A selain RM2 bagi gred B,” katanya.

 ??  ?? MARIANA (tengah) bersama ahli jawatankua­sa PPPSB
Kundasang. ANGGOTA APM mengangkat kotak mengandung­i makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
MARIANA (tengah) bersama ahli jawatankua­sa PPPSB Kundasang. ANGGOTA APM mengangkat kotak mengandung­i makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia