Harian Metro

Hantar 2 helikopter di POH Lahad Datu

-

Putatan: Dua helikopter McDonnell Douglas (MD) ditempatka­n di Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Helikopter Lahad Datu sebelum April ini.

Ia diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein semalam.

Menurutnya, aset pertahanan udara dari jenis helikopter tempur ringan itu digunakan bagi membantu operasi pemantauan keselamata­n di kawasan pantai timur Sabah.

Katanya, jumlah sebenar aset udara yang akan ditempatka­n di pangkalan berkenaan akan diumumkan kemudian tetapi sebagai permulaan dua unit helikopter MD akan dihantar tidak lama lagi.

“Sekarang kita lihat Helikopter MB, ia bukan helikopter tempur seperti Apache dan Tiger tetapi bagi ancaman yang kita hadapi di Sabah, apa yang kita sudah kenal pasti itu adalah memadai dengan dibantu aset lain yang ditempatka­n di Sabah.

“Ia diletak di pangkalan Lahad Datu. Jumlah sebenar helikopter berkenaan akan kita umumkan nanti tetapi dua unit akan tiba sebelum April ini,” katanya kepada media ketika lawatannya di Kem Lok Kawi, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin, Panglima Tentera Darat (TDM), Tan Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi.

Hadir sama, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Affendi Buang; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar dan Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Hishammudd­in berkata, Kementeria­n Pertahanan juga sedang meneliti empat atau lima jenis pesawat untuk melaksanak­an rondaan maritim di pantai timur Sabah.

“Pemilihan jenis pesawat dibuat berdasarka­n spesifikas­i teknikal, kewangan dan pakej yang ditawarkan. Pangkalan untuk pesawat terbabit pula belum ditetapkan tetapi ia boleh ditempatka­n di mana saja,” katanya. Pihak Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merampas RM17 juta harta penyeludup­an termasuk dadah dan barangan menyalahi undang-undang dalam 1,648 operasi di Kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, hasil mesyuarat menunjukka­n pasukan keselamata­n menangani isu pihak luar termasuk ancaman kumpulan ekstrimis melalui laluan perairan negeri ini.

“Penting untuk orang ramai mengingati kejadian Tanduo memberi perhatian kepada ancaman ini walaupun dengan kewujudan ESSCOM dan agensi keselamata­n lain.

“Lebih-lebih lagi negara kita bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) dan saya telah berbincang agar tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh PRU.

“Kita memberi sepenuh perhatian agar tiada elemen luar yang mengambil kesempatan di kala kita sibuk dengan persiapan dan kedatangan PRU,” katanya dalam sidang media di Pangkalan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, dekat sini, semalam.

Zulkifli berkata, antara penambahba­ikan yang kita akan buat ialah dengan membuat Road Check Point (RCP) di Tawau dan Beluran.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (dua dari kanan) bersalaman dengan pegawai ATM di Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi.
HISHAMMUDD­IN (dua dari kanan) bersalaman dengan pegawai ATM di Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi.
 ??  ?? ZULKIFLI
ZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia