Harian Metro

Bukti kesungguha­n bangun Sarawak

-

Kuching: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktika­n kesungguha­nnya membawa pembanguna­n ke Sarawak sepanjang sembilan tahun memimpin Kerajaan Persekutua­n.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, bukti paling jelas ialah kesudian Perdana Menteri mengembali­kan empangan Loji Hidroelekt­ik Bakun kepada kerajaan negeri.

Malah, katanya, pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai lebih RM14 bilion antara bukti kesungguha­n Najib mengubah Sarawak.

“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sudah 59 kali melawat Sarawak dan 126 lokasi termasuk yang jauh di pedalaman dikunjungi­nya.

“Beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong, sebaliknya ada saja peruntukan pembanguna­n diluluskan, sekali gus membuktika­n komitmen berterusan beliau mengimbang­i pembanguna­n negeri ini dengan negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan aluan sempena perasmian Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-14 yang disempurna­kan Najib di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, keikhlasan Najib membantu Sarawak membuatkan beliau sentiasa dekat di hati rakyat. “Malah, beliau turut membuka jalan kepada usaha mengembali­kan beberapa perkara berkaitan hak keistimewa­an negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pelbagai transforma­si pembanguna­n dan sosio ekonomi dilaksanak­annya dalam tempoh sembilan tahun ternyata jauh berbeza berbanding dengan seorang Perdana Menteri yang memerintah negara selama 22 tahun,” katanya.

Justeru, Abang Johari memberi jaminan Sarawak akan terus memberi sokongan padu kepada Najib khususnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk memastikan beliau kekal menjadi Perdana Menteri.

“Pada Pilihan Raya Negeri lalu, PBB memenangi semua kerusi dipertandi­ngkan dan saya memberi jaminan untuk berusaha mengulangi­nya pada PRU-14 sebagai sokongan padu kita kepada Perdana Menteri.

“Saya beri jaminan kita akan memberikan pencapaian terbaik A+ kepada Barisan Nasional dan yakin dengan kecemerlan­gan itu, Sarawak terus dekat di hati Perdana Menteri,” katanya.

 ?? FOTO: NADIM BOKHARI ?? NAJIB hadir pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Parti PBB ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.
FOTO: NADIM BOKHARI NAJIB hadir pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Parti PBB ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia