Harian Metro

PERLAWANAN DIATUR?

- Nurul Fhatihah Zakina sukan@hmetro.com.my

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahka­n Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menyiasat kemungkina­n wujudnya unsur mengatur perlawanan susulan kekalahan teruk pasukan itu ketika perlawanan kedua Liga Super menentang Selangor, Selasa lalu.

Idris yang juga Presiden MUSA berkata, siasatan isu kekalahan besar pasukan Melaka United (MU) 1-4 kepada Selangor di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras itu sedang dijalankan oleh pihak pengurusan.

“Itu (kekalahan) petanda tidak baik pada pasukan. Jadi saya arahkan pengurus untuk lakukan kajian terperinci terhadap kebolehupa­yaan, kejurulati­han dan pemain import yang mungkin berdepan risiko diberhenti­kan.

“Sebab semua penyerang Selangor cedera, jadi macam mana boleh kalah 1-4?” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyampaik­an bantuan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Seri Negeri, semalam.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang dihubungi BERNAMA berkata, pihaknya mengambil berat saranan presiden MUSA dan akan melakukan siasatan lebih terperinci, termasuk melakukan analisis terhadap video perlawanan.

“Sekiranya wujud unsur mengatur perlawanan, pengurusan MUSA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemain namun masih terlalu awal untuk saya komen,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, kekalahan besar Melaka pada aksi menentang Selangor itu kerana pemain masih belum mencapai keserasian secara berpasukan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang tanggapan.

“Pada malam itu, pemain kami bermain dengan baik namun saya tidak sangka Melaka akan kalah teruk,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MUSA berkata, pihaknya sentiasa melakukan analisis selepas tamat perlawanan bagi mengenal pasti punca kekalahan pasukan dan ia dilakukan secara berterusan.

Mohd Yusoff berkata, semua pemain berada dalam pemerhatia­n pihak pengurusan dan mereka yang gagal memenuhi harapan pasukan tidak mustahil akan digugurkan pada pertengaha­n musim.

 Idris mahu MUSA siasat kekalahan skuad

Hang Tuah menentang Selangor

 ??  ?? PEMAIN Selangor, Kannan Kalaiselva­n (kanan) disekat pemain Melaka United, Surendran Ravindran (tengah) pada Ahad lalu.
PEMAIN Selangor, Kannan Kalaiselva­n (kanan) disekat pemain Melaka United, Surendran Ravindran (tengah) pada Ahad lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia