Dominasi muk
“Persiapan tahun ini agak pincang sebab pada masa sama saya sedang jalani penggambaran filem. Selasa lalu, barulah saya mula jalani latihan.
“Setiap tahun dugaan
AJL berbeza. Kalau sebelum ini, saya ada masa sebulan untuk buat persiapan, paling kurang pun seminggu tapi kali ini masa sangat suntuk,” katanya.
Untuk persembahan pada malam AJL ini, Hazama mempunyai beberapa perancangan tersendiri hasil perbincangan dengan pasukan produksinya.
Katanya, jika lima tahun sebelum ini dia fokus pada gimik dan kejutan persembahan, malam ini fokusnya pada lagu saja.
Baginya, AJL bukan saja pasal penyanyi tetapi ia adalah rangkuman penjurian dari segi komposisi, lirik dan muzik itu sendiri.
“Saya mahu buat persembahan seperti konsert ‘live’ yang mempunyai elemen rockestra. Kalau boleh saya mahu mengimbau kembali gaya persembahan itu.
“Seperti saya katakan, lagu bukan saja pada suara tetapi terdiri daripada muzik dan suara. Elemen inilah yang melengkapkannya,” katanya serius.
Soal persaingan, Hazama mengakui kehebatan Dayang, Salma, Syamil, Hael waima Khai Bahar yang memiliki suara ‘power house’.
Berbeza pula lagu kerana ia adalah pilihan juri sama ada berkait rapat dengan populariti atau kualiti.
Antaranya, lagu ciptaan Ajai yang mempunyai tuntutan populariti dan kualiti tersendiri.
Begitu juga lagu Jampi nyanyian Hael yang disifatkan sebagai lagu yang kuat.
“Lagu Amboi nyanyian Altimet juga berpotensi besar sebab ia bukan
AJL32 saksi penguasaan penyanyi yang la
sekadar mengenai vokal tetapi elemen dan kelainan pada susunan muziknya,” katanya lagi.
Dia bersama The Penglipur Lara yang mempertaruhkan lagu
Aku Yang Sebenar ciptaan komposer hebat Datuk M Nasir dan Ad Samad, pernah mencipta sejarah peribadi melalui lagu Simetri (duet bersama Amy Search) di AJL27, Penglipur Lara (AJL28), Malaikat (AJL29), Sampai Mati (AJL30) dan Di Amaran Mama (AJL31).
Dalam pada itu,
Salma Asis, 28, yang mempertaruhkan lagu Akhirnya Cinta ciptaan komposer popular
Ajai dan penulis lirik
Slen berharap dapat membuat persembahan menghiburkan, malam ini.
“Ini kali pertama saya berentap dalam AJL dan jujurnya memang gementar sebab ia sebuah pentas besar. Begitupun, saya perlu