Redah hutan sebar hidayah
Penat lelah mengharungi perjalanan beratus kilometer dari Klang, Selangor, ternyata berbaloi melihatkan keletah kanak-kanak Orang Asli di Kampung Yum Pos Yum di Sungai Siput, Perak, yang seronok menyambut kedatangan peserta konvoi.
Program Ziarah
Dakwah Kebajikan ke Perkampungan Orang Asli itu anjuran Biro Muallaf Masjid Sirajuddin Al Anuar, Batu Belah 4X4 dan Batu Belah Perihatin, Klang, Selangor.
Peserta konvoi bergerak dari Masjid Sirajuddin AlAnuar kira-kira jam 11.30 malam dan singgah di Masjid Felda Lasah, Sungai Siput, untuk menunaikan solat Subuh dan berehat sementara menunggu siang.
Mereka kemudian bergerak ke perkampungan Orang Asli merangkumi lima kampung iaitu Kampung Yum (55 keluarga), Kampung Mangyis (42 keluarga), Kampung Beswok (65 keluarga), Kampung
Pendeq (4 keluarga) dan Kampung Kotat (42 keluarga).
Penaung program yang juga nazir Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Mohd Yusuff Ibrahim berkata, hampir 90 peratus masyarakat Orang Asli daripada suku kaum Temiar itu memeluk Islam dan mereka perlu diberi bimbingan serta sokongan moral.
“Kami berasa terpanggil membantu mereka mendalami ilmu agama, selain mendekatkan diri dengan masyarakat Orang Asli supaya kelompok ini tidak terasa dipinggirkan,” katanya ketika ditemui sempena program berkenaan, baru-baru ini.
Turut hadir Presiden Kelab Batu Belah 4x4, Ahmad Shukri Nordin; Pengerusi Batu Belah Perihatin, Hanizam Ahnee dan Pengerusi Biro Muallaf Masjid Sirajuddin Al Anuar, Mohd Hisam Sumohd Noh.
Mohd Yusuff berkata, moga hasrat murni dan kerjasama ini menanamkan rasa kesyukuran serta menyedarkan masyarakat tanggungjawab membantu sesama insan.
“Ia juga mendedahkan masyarakat kepada sikap kesukarelawanan dalam memberi bantuan kemanusiaan dan berkongsi ilmu