Harian Metro

Sejuk gigit tulang hitam

Fenomena cuaca dingin melanda Kuala Krai disebabkan tiupan angin dari Tanah Besar China

- Mohd Zulkifli Zainuddin dan Rohaida Omar news@nstp.com.my

Fenomena cuaca sejuk dengan suhu mencecah 18.4 darjah Celsius dan kabus tebal yang melanda di Kuala Krai pada awal pagi semalam disebabkan tiupan angin sejuk dari Tanah Besar China berikutan Malaysia masih berada dalam fasa monsun timur laut.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i Kelantan Rabiah Al Adawiyah Zakaria berkata, tambahan pula Februari adalah tempoh suhu minimum harian yang terendah berbanding bulan lain menyebabka­n cuaca sejuk luar biasa melanda daerah terbabit.

“Keadaan suhu sejuk juga berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Kerteh, Terengganu yang juga menunjukka­n penurunan suhu minimum harian namun tiupan angin terbabit tidak menyebabka­n hujan lebat.

“Cuaca sejuk mula berlaku sejak semalam dengan mencatat suhu terendah 18.4 darjah Celsius bermula jam 6 hingga 8 pagi dan berubah kepada suhu maksimum pada waktu petang dengan mencecah 32.7 darjah Celsius.

“Kuala Krai pernah mencatat suhu paling rendah pada tahun 2014 iaitu 15.7 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Tinjauan di daerah terbabit mendapati keadaan cuaca sejuk luar biasa itu menyebabka­n sebahagian penduduk terutama kanak-kanak berpakaian tebal pada waktu pagi dan malam walaupun ketika berada di dalam rumah.

Penduduk dari Kampung Chenis Bekok, Fatimah Kila, 64, berkata dia seperti berada di Cameron Highlands apabila memakai baju sejuk setiap masa walaupun berada dalam rumah.

“Pada 2014, cuaca luar biasa sejuk melanda Kuala Krai dan kali ini situasi sama berulang sehingga terasa macam berada di Cameron Highlands. Saya juga terpaksa memakai selipar untuk berjalan di dalam rumah sepanjang masa disebabkan lantai simen terlalu sejuk,” katanya.

Kanak-kanak, Nur Maisara Razali, 6, dari Kampung Tualang berkata, dia memakai jaket untuk ke tadika sehingga selesai waktu persekolah­an.

“Apabila subuh, hendak mengambil air untuk mandi pun menggigil. Walaupun ibu saya menggunaka­n pemanas air namun keadaan masih sejuk lagi,” katanya.

Peniaga pasar malam, Masorudin Onar, 34, berkata, cuaca sejuk dirasai bermula sekitar jam 3 pagi hingga 9 pagi menyebabka­n jualan baju sejuk dijualnya meningkat 50 peratus sejak beberapa hari lalu.

>>Cuaca sejuk catat suhu terendah

18.4 darjah Celsius bermula jam 6 hingga 8 pagi

Apabila subuh, hendak ambil air untuk mandi pun

menggigil

Nur Maisara

 ??  ?? NUR Maisara memakai baju tebal untuk ke sekolah berikutan fenomena cuaca sejuk melanda
Kuala Krai, semalam.
NUR Maisara memakai baju tebal untuk ke sekolah berikutan fenomena cuaca sejuk melanda Kuala Krai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia