Harian Metro

Bayar RM3,000 dah boleh kahwin

-

Seremban: Sepuluh pasangan pengantin baru diraikan penuh meriah sempena Program Perkahwina­n Eksklusif anjuran D’Assafa Resources di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini, semalam.

Semua pasangan terbabit sebelum itu mengikuti kursus perkahwina­n disediakan pihak berkenaan sebelum mereka dipilih menyertai program perkahwina­n secara beramai-ramai.

Mohd Aliff Fahizol Abd Ghafar, 23, dan pasanganny­a Nor Farhana Abu Bakar, 19, menganggap mereka bertuah kerana dapat meraikan perkahwina­n dengan meriah walaupun hanya perlu membayar RM3,000.

Katanya, mereka mengambil masa tiga bulan untuk berbincang sebelum mengambil keputusan mengikuti program berkenaan.

“Kami tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana memikirkan kos perkahwina­n yang tinggi dan perlu mengumpul wang terlebih dulu.

“Lagipun saya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak menentu manakala Farhana bekerja sebagai operator kilang.

“Namun selepas mengetahui mengenai program itu, kami berbincang dengan keluarga dan mereka bersetuju. Kami mendaftark­an diri dan tidak menyangka terpilih,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Penganjur program, Noor Azimah Yazid berkata, pihaknya menganjurk­an program itu bagi meringanka­n beban pasangan pengantin daripada golongan kurang berkemampu­an.

Katanya, lebih 200 permohonan diterima namun 10 pasangan dipilih selepas mereka memenuhi syarat ditetapkan iaitu pendapatan kurang RM1,500 dan anak jati Negeri Sembilan.

 ??  ?? NOOR Azimah (tengah) bersama 10 pasangan pengantin selepas majlis akad nikah di Masjid Kariah Sikamat, semalam.
NOOR Azimah (tengah) bersama 10 pasangan pengantin selepas majlis akad nikah di Masjid Kariah Sikamat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia