Harian Metro

Rea bakal bernikah 18 November depan Osh tampil bagi keterangan

- Halim Said halimsaid@nst.com.my

Kuala Lumpur: Penyampai radio Kool FM, Rea yang melangsung­kan pertunanga­n dengan pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim, kelmarin akan bernikah pada 18 November ini.

Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad, 29, berkata, selepas bernikah mereka akan mengadakan majlis persanding­an pada hari sama di Damansara membabitka­n keluarga kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulil­lah pertemuan kali pertama antara kedua-dua belah keluarga berjalan dengan baik. Majlis bertunang, semalam (kelmarin) berlangsun­g di rumah keluarga saya di Kuala Terengganu.

“Pada majlis semalam keluarga kami bersepakat memilih 18 November ini sebagai tarikh pernikahan dan majlis akan diadakan di Damansara,” katanya.

Menurut Rea, dia bersyukur ahli keluarga merestui pilihan hatinya selepas setahun berkenalan dengan pemuzik itu.

“Keluarga saya tidak pernah menetapkan untuk memilih pasangan hidup asalkan dia sesuai dan kena dengan pilihan hati saya.

“Sepanjang setahun berkawan, saya jatuh hati dengan cara dia melayan keluargany­a apabila mengutamak­an ibu bapanya. Dia juga penyayang,” katanya.

Seorang pengarah dan penerbit sebuah syarikat pengiklana­n beribu pejabat di sini, tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan Datuk Farid Kamil bahawa minumannya dimasukkan dadah sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Johor

Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, individu terbabit disahkan sebagai bekas penyanyi kumpulan nasyid, Ahmad Fairuz Ahmad Rusli, 47, atau Osh yang juga seorang daripada dua individu dicari berhubung perkara itu.

“Individu terbabit sudah diambil keterangan dan menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Narkotik JBS, jam 5 pagi hari ini (semalam),” katanya.

Shahurinai­n berkata, keputusan ujian saringan air kencing artis terbabit masih dianalisis dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Hadir sama, peguam yang mewakili Fairuz, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar dan Mohammad Ashmeer Mohammad Ashrof Raja.

Sementara itu, Muhamad Akmal berkata, satu laporan polis akan dibuat di balai polis di Kuala Lumpur, esok serta sidang media akan diadakan kemudian.

Sebelum ini Farid melaporkan dia tidak waras berpunca minumannya dicemari dadah dilakukan tiga rakan artis sehari sebelum insiden dia menampar anggota polis di Kota Damansara,

Petaling Jaya,

10 Januari lalu.

 Bekas penyanyi nasyid buat ujian saringan air kencing

 ?? Zul ?? Kalau ada pihak lain yang nak bersuara, ia hak mereka asalkan ia bukan daripada saya”
Zul Kalau ada pihak lain yang nak bersuara, ia hak mereka asalkan ia bukan daripada saya”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia