Harian Metro

Tiada tauliah boleh denda RM2,000

-

Kuala Lumpur: Mereka yang tidak bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua–duanya sekali jika terbabit dalam mempengaru­hi urusan kelahiran bayi di negara ini.

Itu amaran keras Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada individu bergelar atau peneman kelahiran yang mempengaru­hi ibu mengandung untuk kelahiran tidak selamat hingga memudaratk­an ibu dan bayi baru lahir di negara ini.

Beliau yang pernah mengeluark­an kenyataan itu pada 2015 berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengguna pakai tindakan undang-undang berdasarka­n Akta Perbidanan 1966 (Akta 436) berhubung kes berkenaan yang masih menjadi isu dalam kalangan masyarakat hingga kini.

“KKM memandang serius tentang pengaruh dan advokasi kelahiran semula jadi atau kelahiran selesa yang dilakukan beberapa kumpulan tertentu sejak beberapa tahun kebelakang­an ini yang boleh menyumbang kepada kelahiran tidak selamat.

“Di Malaysia selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia saja boleh mengendali­kan kelahiran.

“Ini termaktub dalam Seksyen 14 (1) Akta Putrajaya: “Penggunaan khidmat atau pembantu ketika melahirkan anak tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatia­n doktor atau bidan terlatih,” kata Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Pada masa sama, beliau berkata, melakukan sesuatu yang membahaya atau mencalarka­n kehormatan serta membabitka­n harta atau jiwa umat Islam tindakan Perbidanan 1966 (Akta 436) bahawa sesiapa yang tidak mempunyai tauliah boleh dikenakan tindakan undang-undang denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, jika berlaku komplikasi dan kematian, waris atau wanita yang melahirkan itu sendiri boleh mempertimb­angkan tuntutan sivil di mahkamah terhadap berkenaan.

“Tuntutan ini boleh dibuat sekiranya terdapat bukti komplikasi atau kematian itu akibat tindakan atau kelakuan itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, KKM sudah mengeluark­an Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertajuk Langkah-Langkah Bagi Memperting­katkan Usaha Untuk Mengurangk­an Kelahiran Tidak Selamat pada 13 Mac 2014 selepas mengadakan perbincang­an dengan semua pihak berkepenti­ngan.

“Pekeliling itu mengarahka­n semua hospital dan klinik perlu tingkatkan aktiviti promosi kesihatan dan memberikan maklumat tepat mengenai kelahiran selamat kepada masyarakat,” katanya.

 ?? Dr Noor Hisham Abdullah ?? Di Malaysia selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia saja boleh mengendali­kan kelahiran”
Dr Noor Hisham Abdullah Di Malaysia selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia saja boleh mengendali­kan kelahiran”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia