Harian Metro

Kisah disebalik nama Puteri Daulat

-

Lahad Datu: Jika disebut nama Farhana Rashidi, pasti ramai tidak mengenali siapa empunya pemilik nama itu.

Namun, Farhana pernah digelar Puteri Tanduo kerana dilahirkan pada 1 Mac 2013, hari sama tercetus pertempura­n antara pasukan keselamata­n dan pengganas Sulu pimpinan Agbimuddin Kiram.

Dilahirkan di Hospital Lahad Datu, kanak-kanak itu turut digelar sebagai Puteri Daulat oleh penduduk tempatan berikutan Operasi Daulat yang dilancarka­n pada 5 Mac 2013 di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu bagi memerangi pengganas Sulu.

Ketika ditemui wartawan NSTP, Junaidi Ladjana dan jurugambar Khairull Azry Bidin di rumahnya di Tanjung Batu, di sini, bapanya, Rashidi Inou, 46, menceritak­an semula bagaimana anak bongsu daripada dua beradik itu mendapat gelaran sedemikian.

Rashidi berkata, Farhana atau nama manjanya Baby, dilahirkan di Hospital

Lahad Datu kira-kira jam 3 pagi pada 1 Mac 2013 dengan berat hampir tiga kilogram secara normal.

“Hari sama kira-kira jam

10 pagi, saya mendapat tahu dua perwira negara (Asisten Superinten­dan Zulkifli

Mamat, 29, dan Sarjan

Sabaruddin Daud, 46, dari unit khas VAT69) gugur ditembak pengganas Kiram di Kampung Tanduo.

“Selepas Farhana dilahirkan, saya bersama isteri dan bayi pulang ke rumah di Tanjung Batu. Walaupun dimaklumka­n mengenai pertempura­n itu, saya tetap mahu pulang ke rumah kerana ingin menyelamat­kan harta benda,” katanya.

Selepas itu, Rashidi berkata, walaupun pengganas sudah dikepung oleh pasukan keselamata­n, dia membuat keputusan untuk melarikan diri kerana bimbang keselamata­n isteri, anak sulung dan bayi baru dilahirkan.

“Dalam keadaan isteri masih keletihan selepas bersalin dan berpantang, kami berjalan pada waktu malam ke pusat penempatan di Dewan Cenderawas­ih untuk mencari perlindung­an.

“Sebaik tiba di pusat penempatan dengan membawa bayi yang baru berusia beberapa hari, ada penduduk menyaranka­n supaya diberikan nama Puteri Daulat dan sehingga kini ia dipanggil dengan gelaran itu,” katanya.

Farhana sehingga kini masih tidak mengetahui peristiwa di sebalik gelaran yang diberikan oleh penduduk kampung kepadanya.

“Saya belum menceritak­an kisah di sebalik nama Puteri Daulat kepadanya... dia masih kanak-kanak dan nanti tiba masanya saya beritahu,” katanya.

 ??  ?? FARHANA ketika ditemui di Kampung Tanjung Batu.
FARHANA ketika ditemui di Kampung Tanjung Batu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia