Harian Metro

Semua sah tetapi cuba larikan diri

-

Shah Alam: Akibat panik melihat sekatan jalan raya, seorang mat rempit dan pembonceng yang juga kekasihnya nyaris kehilangan nyawa selepas terbabit kemalangan ketika cuba menongkah arus bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di Persiaran Perbandara­n di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pasangan berusia 20 tahun yang menunggang motosikal Yamaha LC dilihat berpatah balik selepas beberapa anggota polis cuba menahan mereka ketika operasi dijalankan di sekitar kawasan berkenaan.

Namun tidak sampai 100 meter selepas melawan arus, terdengar bunyi dentuman kuat dan pasangan itu didapati sudah terbaring di atas jalan raya akibat terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Nasib menyebelah­i mereka apabila kedua-duanya hanya cedera di kepala, tangan dan kaki.

Pemeriksaa­n lanjut polis mendapati lelaki terbabit mempunyai lesen dan cukai jalan motosikal yang sah.

Apabila ditanya mengapa melarikan diri, dia memaklumka­n panik melihat mat rempit berpatah balik bagi mengelak ditahan dan menyebabka­n dirinya turut melakukan perkara sama.

“Pada waktu itu, saya tidak memikirkan apa-apa kecuali rasa takut dan terus menunggang dengan laju.

“Ketika jatuh, saya memang menyesal dan mujur usia masih panjang,” katanya. Lelaki itu bagaimanap­un dikenakan saman kerana kesalahan tiada cermin sisi dan ekzos tidak menepati standard ditetapkan. Operasi itu disertai seramai 15 anggota trafik

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 25 sukarelawa­n polis dan 16 anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam operasi selama dua jam itu, sebanyak 60 saman dikeluarka­n terutama kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Pecahan saman antaranya membabitka­n 17 kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikas­i, tiada lesen (16), ekzos (6) dan lima tiada cermin sisi serta lesen tamat tempoh,” katanya.

“Sebanyak 16 motosikal turut disita untuk tindakan lanjut,” katanya. Nibong Tebal: Sumber polis mengesahka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh pihaknya menunjukka­n pelajar tingkatan dua yang maut membunuh diri baru-baru ini, mengambil telefon bimbit gurunya.

Namun polis enggan mengulas lanjut perkara itu kerana ia boleh mengganggu siasatan sebaliknya meminta semua pihak menunggu proses inkues.

Difahamkan, guru itu sudah melihat rakaman CCTV sekolah dan bertanyaka­n perkara itu kepada pelajar berkenaan namun mendiang enggan mengaku.

Sebelum ini, polis menyiapkan tiga kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya.

Kertas siasatan itu dipulangka­n semula untuk penambahan termasuk keterangan beberapa saksi.

Dalam kejadian itu, M Vasanthapi­riya, pelajar sekolah menengah di Nibong Tebal dipanggil oleh empat guru sebelum dituduh mengambil iPhone milik seorang guru berkenaan.

Pelajar berkenaan tidak mengaku melakukan perbuatan itu sebelum menggantun­g dirinya pada 24 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia