Harian Metro

Perlu perkenal hukuman mandatori pemandu cuai

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu memperkena­lkan hukuman penjara mandatori kepada pemandu cuai yang menyebabka­n kematian penumpang tidak bersalah atau pengguna jalan raya yang lain.

Ini bagi menimbulka­n rasa takut dalam kalangan pemandu bahawa mereka boleh dipenjarak­an sekiranya didapati bersalah memandu secara melulu sehingga mengakibat­kan kematian orang lain.

Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya percaya negara ini memerlukan tindakan radikal seperti itu dalam usaha untuk menangani masalah berkenaan.

“Pada masa ini, Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 memperuntu­kkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000.

“Kita perlu memperkena­lkan hukuman penjara mandatori untuk menimbulka­n rasa takut dan tanggungja­wab sepenuhnya dalam kalangan pemandu.

“Ini termasuk mereka berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang membahayak­an nyawa pengguna jalan raya yang lain,” katanya, semalam.

Katanya lagi, agensi penguatkua­saan juga harus menjalanka­n pemeriksaa­n lebih kerap untuk mengesan pengguna jalan raya yang tidak bertanggun­gjawab, termasuk mereka yang berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Beliau yang juga ahli Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) turut mengingatk­an pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati terutamany­a ketika musim perayaan kerana kemalangan lebih kerap berlaku.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia