Harian Metro

Khidmat murni hibur hati

- Mahaizura Abd Malik news@nstp.com.my

 Video anggota polis trafik bantu pemandu wanita ke hospital tarik perhatian

“Bukan niat saya mahu menunjuk-nunjuk kebaikan yang dibuat atau hendak popular, tetapi sekadar suka-suka berkongsi dengan rakan Facebook.

“Tidak sangka walaupun video itu sudah sebulan dirakam, ia mendapat lebih 140,000 tontonan daripada pengguna laman sosial,” kata anggota polis trafik Koperal Alvin Anak Iba, 30.

Alvin yang bertugas di Bahagian Motoked Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menjadi perhatian netizen sejak semalam selepas rakaman videonya mengiringi pemandu wanita dari Jalan Duta ke Hospital Pakar KPJ Tawakal di sini, tular.

Rakaman berdurasi 3 minit 47 saat itu memaparkan tindakan murni Alvin membantu menyuraika­n trafik yang sesak dalam hujan renyai bagi memberi laluan kepada pemandu Honda HRV terbabit yang mahu menghantar rakannya yang mengalami serangan jantung ke hospital berdekatan.

Alvin berkata, video berkenaan yang dirakam sendiri menggunaka­n kamera GoPro disunting dengan kata-kata melucukan seperti ‘acah-acah Superman dan Iron Man hendak selamatkan mangsa’ nyata menghiburk­an netizen yang membacanya.

“Saya edit (sunting) sedikit tambah penceritaa­n sebenar pada hari kejadian dengan

ceria, kalau serius saja pasti bosan.

“Tak sangka itu boleh buat orang terhibur dan ramai komen kata saya kelakar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, bukan niatnya mahu mempamerka­n ihsan yang dilakukan kepada wanita itu tetapi ia tidak lebih sekadar menghiburk­an hati dan berkongsi dengan rakan di Facebook.

“Sebenarnya saya sudah biasa buat macam ini (bantu orang), cumanya dulu tak dirakam saja. Saya polis berkhidmat untuk masyarakat, memang sudah menjadi tanggungja­wab saya.

“Sejak video itu tular, saya menerima lebih 2,000 permintaan netizen untuk menjadi kenalan dan pengikut Facebook saya,” katanya.

Alvin berkata, kejadian berlaku pada 11 Januari lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee selepas bertugas mengiringi orang kenamaan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, Selangor.

“Selepas melalui Plaza Tol Jalan Duta jam 8.30 pagi, seorang anggota polis bantuan menahan saya dan menyatakan se- orang wanita perlukan bantuan kerana rakannya sakit dan menunggu ambulans tiba.

“Saya terus mengiringi pemandu wanita itu dan bantu menyuraika­n trafik sesak menggunaka­n kepakaran dimiliki sebelum selamat tiba ke hospital berkenaan 10 minit kemudian. “Dalam keadaan kelam-kabut, saya dan wanita terbabit hanya sempat mengangkat tangan sebelum berpisah di depan pintu masuk hospital berkenaan. Saya harap rakannya sempat diselamatk­an,” katanya yang memuat naik video itu, kelmarin.

 ??  ?? RAKAMAN video Alvin mengiringi pemandu wanita menghantar rakannya ke hospital tular sejak semalam.
RAKAMAN video Alvin mengiringi pemandu wanita menghantar rakannya ke hospital tular sejak semalam.
 ??  ?? ALVIN
ALVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia