Harian Metro

Datuk tipu projek rumah RM6j ditahan

-

Subang Jaya: Seorang individu bergelar Datuk ditahan manakala seorang lagi diburu polis selepas disyaki terbabit dalam penipuan Projek Perumahan Mampu Milik 1 Malaysia dianggarka­n berjumlah RM6 juta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, suspek ditahan Khamis lalu ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya jam 3 petang.

Katanya, suspek direman sehingga hari ini manakala seorang lagi individu juga bergelar Datuk masih gagal dikesan.

“Menerusi laporan diterima, seorang mangsa mendakwa mengalami kerugian RM1.2 juta selepas membuat bayaran jaminan pelaksanaa­n Projek Perumahan Milik 1Malaysia di Bukit Mambai, Johor pada Januari 2016.

“Selepas enam bulan membuat pembayaran, mangsa dimaklumka­n projek itu gagal dijalankan dan mangsa diberikan surat projek sama di Bukit Katil, Melaka,” katanya.

Menurutnya, mangsa gagal menghubung­i suspek yang membuat penawaran itu melalui sebuah koperasi pembanguna­n hartanah.

Mohamad Azlin berkata, selepas lebih setahun menunggu dan gagal berhubung dengan wakil koperasi itu, mangsa menarik diri daripada projek berkenaan dan dijanjikan pemulangan semula wang yang tidak diterimany­a sehingga kini.

Katanya, 12 kertas siasatan dibuka terhadap dua suspek terbabit dan seorang yang direman akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

 ??  ?? MOHAMAD Azlin
MOHAMAD Azlin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia