Harian Metro

Sayur kubis RM2.30 bukan RM23 seperti ditular

-

Melaka: “Saya tidak faham motif dia tularkan perkara itu di media sosial. Kalau betul harga dikenakan tidak masuk akal, ia boleh dibawa berbincang,” kata pengusaha restoran asam pedas di Bukit Katil, Hamdan Abd Hamid.

Hamdan, 39, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu premisnya tular di Facebook (FB) apabila mengenakan harga bagi sepinggan kubis goreng RM23.

Dia berkata, mungkin berlaku salah faham antara pihaknya dan pelanggan terbabit kerana dakwaan sepinggan sayur kubis dicaj RM23 tidak benar.

“Sayur diambil dikira RM2.30, mungkin dia salah dengar RM23 itu untuk kubis goreng. Mana boleh sayur, nasi dan telur masin dikenakan harga sebegitu.

“Asam pedas untuk bahagian ekor kebiasaann­ya antara RM25 hingga RM28, ikan jenahak atau merah sedia maklum mahal dan kepala pula RM40, jadi apa dibayar adalah jumlah yang betul,” katanya ketika ditemui di premisnya di Bukit Katil di sini, semalam.

Kisah caj sayur kubis goreng menjadi bualan hangat netizen apabila status dan video berdurasi 14 saat dimuat naik pemilik FB pada Rabu lalu mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang mengecam pemilik kedai makan berkenaan.

Pemilik FB itu meluahkan rasa kesal apabila dia dan rakannya yang berkunjung ke negeri ini dan singgah makan tengah hari di kedai asam pedas berkenaan dikenakan caj yang mahal RM120 untuk empat orang.

Dakwanya lagi, dia bersama empat rakannya mengambil lauk asam pedas secara berasingan masing-masing tiga bahagian ekor, kepala ikan yang dibelah dua, sayur kubis serta tiga pinggan nasi dan air.

 ??  ?? HAMDAN menunjukka­n harga di gerai makanan dan minuman keluargany­a yang tidak berubah sejak lima tahun lalu di Bukit Katil.
HAMDAN menunjukka­n harga di gerai makanan dan minuman keluargany­a yang tidak berubah sejak lima tahun lalu di Bukit Katil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia