Harian Metro

Kumpul input orang muda

- Irwan Shafrizan Ismail dan Samadi Ahmad news@nstp.com.my

Pembanguna­n dan perubahan terancang yang dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berdasarka­n gagasan yang datang daripada isi hati orang muda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, hingga kini 80,000 aspirasi orang muda untuk Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dikumpulka­n dan akan ditapis untuk pelan tindakan golongan terbabit.

Beliau sengaja memilih pendekatan mengumpul input orang muda kerana percaya kepentinga­n masa hadapan negara adalah untuk generasi berkenaan.

“Asas utama saya melahirkan gagasan TN50 adalah untuk apa? untuk siapa? bukan untuk saya, tapi untuk orang muda.

“Hari ini tanggungja­wab sebagai pemimpin bukannya bermain politik atau buat dasar jangka pendek dan populis, tetapi mesti buat dasar daripada isi hati dan gagasan besar untuk memberi harapan kepada orang muda.

“Kalau kerajaan terus dipimpin oleh BN, impian orang muda akan terus dapat kita penuhi, insya-Allah,” katanya pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris di Kampung Ulu Chucoh di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Presiden Gerakan 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar.

Najib berkata, kerajaan hari ini terbuka kepada pandangan orang muda dan tidak seperti Perdana Menteri sebelum ini yang mengongkon­g rakyat menerusi Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) atau operasi besar-besaran seperti Ops Lalang.

Beliau percaya kepada kebebasan sivil yang lebih kepada orang muda dan kerana itu, kerajaan menghapusk­an ISA supaya masyarakat tidak dikongkong dalam ketakutan oleh pemimpin diktator atau autokratik.

“Saya juga menjadi mangsa kepada berita palsu dan menerima pelbagai kecaman, tapi saya terima inilah demokrasi.

“Sebagai kerajaan yang dipilih secara demokrasi, kita beri ruang kepada kritikan, tetapi biarlah bertanggun­gjawab dan berasaskan fakta, bukannya fitnah.

“Berita palsu seperti isu pengundi Bangladesh dan

sebagaiman­a yang disebarkan ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu adalah contoh perbuatan tidak beretika,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai lagi inisiatif kerajaan dibentuk untuk orang muda antaranya program Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) yang akan dilancarka­n secara besar-besaran tidak lama lagi, Parlimen Belia, Felo Perdana serta mewujudkan Bandar Belia atau

“Bandar Belia akan diwujudkan di tiga negeri. Yang pertama di Tanjung Malim, Perak. Jika (BN) menang di Selangor, boleh wujudkan di Selangor,” katanya.

 80,000 aspirasi belia bagi

TN50 ditapis untuk pelan tindakan

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? NAJIB beramah mesra dengan belia pada sambutan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia, Karnival Sukan Muhibah 2018, semalam.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR NAJIB beramah mesra dengan belia pada sambutan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia, Karnival Sukan Muhibah 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia