Harian Metro

Strategi pelaburan KWSP cemerlang

-

kelmarin mencermink­an strategi pelaburann­ya yang pelbagai.

KWSP mengumumka­n kadar dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvension­al untuk tahun 2017 membabitka­n jumlah agihan dividen RM44.15.

Bagi simpanan syariah, dana persaraan itu mengumumka­n kadar dividen 6.40 peratus dengan jumlah agihan dividen RM3.98 bilion.

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, CIMB juga menyokong sepenuhnya usaha KWSP untuk menjadikan persaraan sebagai topik utama supaya lebih ramai golongan muda boleh merancang persaraan mereka.

“Ia sama ada menerusi KWSP atau Skim Persaraan Swasta sebaik saja mereka mula bekerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatka­n pengumuman kadar dividen itu sebagai satu kejutan manis kepada pencarum KWSP memandangk­an ia kadar tertinggi semenjak tahun 1997.

Di samping itu katanya, kadar dividen terbabit juga adalah lebih tinggi daripada paras inflasi negara, menandakan bahawa simpanan pencarum adalah terpelihar­a daripada ‘hakisan’ inflasi.

“Berdasarka­n prestasi pasaran saham tempatan dan global, kita seharusnya boleh menganggar­kan kadar dividen yang bakal diumumkan.

“Yang paling penting adalah strategi pelaburan luar negara yang dilihat membuahkan hasil yang baik.

“Perkara ini juga berdasarka­n Strategi Alokasi Aset (SAA) mereka yang akan mengambil kira faktor pulangan dan risiko pelaburan bagi setiap kelas aset,” katanya.

Menurutnya, prestasi akan datang oleh KWSP sangat bergantung kepada keadaan pasaran global dan tempatan.

“Namun suasana kenaikan kadar faedah di negara maju seharusnya memberi isyarat bahawa ekonomi global sedang bertumbuh dengan lebih stabil tanpa sokongan dasar monetari yang berlebihan.

“Faktor ini akan membantu dalam menaikkan prospek pulangan pelaburan baik di dalam pasaran ekuiti mahupun bon sejajar dengan risiko pelaburan yang diambil,” katanya.

 ?? Tengku Zafrul Aziz ?? CIMB juga menyokong sepenuhnya usaha KWSP untuk menjadikan persaraan sebagai topik utama supaya lebih ramai golongan muda boleh merancang persaraan mereka”
Tengku Zafrul Aziz CIMB juga menyokong sepenuhnya usaha KWSP untuk menjadikan persaraan sebagai topik utama supaya lebih ramai golongan muda boleh merancang persaraan mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia