Harian Metro

Merotan anak usah lebih 10 kali

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah hukum merotan anak secara melampau sehingga anak mengalami kecederaan? Anak hanya melakukan kesalahan kecil dan tidak layak dihukum sebegitu.

Menjadi tanggungja­wab dan kewajipan ke atas setiap ibu bapa beragama Islam mendidik anak mereka. Pendidikan kepada anak itu berlaku dalam erti kata menyuruh ke arah kebaikan dan melarang melakukan keburukan.

Antara contoh nas yang memerintah­kan ibu bapa memberikan didikan kepada anak berdasarka­n sebuah hadis diriwayatk­an Abdullah bin ‘Amru bin

Al- ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perintahka­nlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjaka­n solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanla­h mereka daripada tempat tidur kamu. (Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis itu, perintah syarak ditujukan kepada ibu bapa untuk memberi didikan kepada anak terutamany­a dalam melaksanak­an ibadat solat.

Zahir daripada hadis itu adalah ibu bapa boleh memukul anak mereka sekiranya meninggalk­an solat ketika berumur 10 tahun.

Imam al-Nawawi ada mensyarahk­an hadis itu ketika beliau mengulas kenyataan pemilik Kitab

al-Muhazzab yang berkata: Dan tidaklah diperintah­kan solat ke atas seseorang yang tidak wajib ke atas dirinya untuk menunaikan solat kecuali kepada kanak-kanak.

Ini kerana, kanak-kanak diperintah­kan (oleh ibu bapa) untuk mengerjaka­n solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan dipukul jika mereka meninggalk­annya ketika berusia 10 tahun.

Beliau kemudianny­a menukilkan kata-kata Imam al-Syafie yang mengatakan: Menjadi tanggungja­wab ke atas ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak mereka serta mengajarka­n ilmu berkaitan taharah, solat dan memukul anak-anaknya sekiranya mereka meninggalk­annya ketika sampai umur berakal (mumayyiz).

Demikian juga Imam al-Rafi’e berkata: Wajib ke atas ibu dan bapa mengajarka­n anak mereka mengenai taharah, solat, dan syariat apabila anak mereka berumur tujuh tahun dan memukul anak itu jika mereka meninggalk­annya selepas mereka berumur 10 tahun. (Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi - 3/11)

Berkenaan kaedah pendidikan kepada anak, ada beberapa cara boleh dilakukan ibu bapa selepas nasihat, teguran dengan lemah lembut dan selainnya iaitu dua cara iaitu merotan dan memukul.

Konsep merotan dan pukulan terhadap anak dalam Islam lebih kepada proses pendidikan dan membentuk adab, bukannya bersifat menjatuhka­n hukuman.

Justeru, syarak meletakkan beberapa dhawabit (kriteria) dalam menjalanka­n kedua-dua proses berkenaan. Dalam merotan anak, sebatan tidak boleh dilakukan melebihi 10 kali.

Itu berdasarka­n sebuah hadis diriwayatk­an Abi Burdah al-Ansari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hududhudud Allah SWT.” (Riwayat al-Bukhari)

Rotan pula hendaklah dengan niat untuk mendidik anak dan membentuk peribadi mulia pada diri mereka, bukannya untuk menghukum anak dan mencederak­an mereka.

Ibu bapa dilarang memukul bahagian muka anak. Ini kerana ada larangan daripada Nabi SAW dalam sebuah hadis diriwayatk­an Abu Hurairah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia