Harian Metro

Perintis turap getah

- Mohamed Farid Noh dan Badrul Kamal Zakaria news@nstp.com.my

 Bahan tambahan campuran CMA manfaatkan 440,000 pekebun kecil

Seramai 440,000 pekebun kecil getah di seluruh negara bakal mendapat manfaat dengan langkah kerajaan memperkena­lkan penggunaan getah untuk pembinaan jalan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan getah menerusi campuran getah asli sebagai bahan tambahan dalam campuran asphalt (CMA) diperkenal­kan dalam projek membina semula Jalan Persekutua­n Yong Peng-Segamat sejauh 10 kilometer dari Desa Temu Jodoh hingga Kampung Kwong Sai, dekat sini.

Katanya, beliau dimaklumka­n Kementeria­n Kerja Raya bahawa teknologi CMA adalah antara kaedah penurapan jalan baru yang boleh mengurangk­an keretakan, aluran dan kos penyelengg­araan masa panjang yang menjimatka­n.

Beliau berkata, teknologi CMA yang juga satu penemuan baru penggunaan getah untuk pembinaan jalan raya memperliha­tkan usaha agensi kerajaan yang komited menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk menghasilk­an produk serta teknologi baru di negara ini demi kepentinga­n rakyat.

“Saya mengesyork­an supaya teknologi CMA ini diguna pakai secara meluas di seluruh negara selepas projek perintis dilaksanak­an di sini di antara Desa Temu Jodoh dan Kampung Kwong Sai.

“Langkah ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada seramai 440,000 pekebun kecil getah meningkatk­an pendapatan mereka malah Lembaga Getah Malaysia (LGM)juga sudah memetrai perjanjian persefaham­an (MoU) dengan Kementeria­n Kerja Raya bagi melaksanak­annya ke seluruh negara.

“Penggunaan getah asli dalam pembinaan jalan bukan saja mampu meningkatk­an pengeluara­n getah negara malah dapat mengurangk­an stok getah semasa, seterusnya meningkatk­an harga komoditi terbabit.

“Malaysia yang juga pengeluar getah asli kelima terbesar dunia patut memanfaatk­an industri getah negara apatah lagi sebanyak 95 peratus daripada 720,000 tan getah asli yang dihasilkan di negara ini dibekalkan oleh pekebun kecil pada 2016/2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Membina Semula Jalan Persekutua­n Yong Peng-Segamat dari Kampunh Desa Temu Jodoh hingga Kampung Kwonh Sai di Taman Tenang Jaya di sini, semalam.

 ??  ?? DR AHMAD Zahid melihat proses penurapan ketika Majlis Pelancaran Projek Membina Semula Jalan Persekutua­n Yong
Peng-Segamat di Taman Tenang Jaya.
DR AHMAD Zahid melihat proses penurapan ketika Majlis Pelancaran Projek Membina Semula Jalan Persekutua­n Yong Peng-Segamat di Taman Tenang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia