Harian Metro

Penduduk syukur laluan rosak dibina semula

-

Segamat: Penduduk di Jalan Yong Peng-Segamat menarik nafas lega apabila laluan itu yang rosak dan kurang selamat kini dibina semula kerajaan.

Penduduk, Abu Samah Mohd Sab, 67, berkata, dia menyambut baik inisiatif kerajaan membina semula laluan itu kerana jalan raya sedia ada boleh membahayak­an nyawa pengguna berikutan permukaann­ya tidak rata dan rosak.

“Langkah ini amat bagus kerana banyak permukaan jalan raya di laluan ini bukan saja tidak rata tetapi sudah rosak. Keadaan ini boleh menyebabka­n risiko kemalangan terutama pada waktu malam.

“Alhamdulil­lah, sudah pasti inisiatif ini memberi kelegaan kepada penduduk yang sering menggunaka­n laluan ini.

“Saya juga berharap penggunaan teknologi campuran getah asli sebagai bahan tambah dalam campuran asphalt (CMA) yang digunakan pada turapan jalan ini akan diperluask­an,” katanya.

Dia ditemui pada Majlis Pelancaran Projek Membina Semula Jalan Persekutua­n Yong Peng-Segamat dari Kampung Desa Temu Jodoh ke Kampung Kwong Sai di Taman Tenang Jaya, semalam.

Majlis disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, penduduk Kampung Sawah Baru, Labis, Leong Kau Hwee, 78, berkata dia pernah terbabit dalam kemalangan sebelum ini.

“Mujurlah saya tidak mati. Saya pernah terbabit kemalangan beberapa tahun lalu berikutan permukaan jalan raya yang tidak rata menyebabka­n motosikal ditunggang terbabas tidak jauh dari kawasan sekolah di Kampung Tenang Stesen.

“Kejadian berlaku pada waktu malam. Mujur ada penduduk melihat kejadian itu yang bertindak menghubung­i pihak Hospital Segamat. Jika tidak ada orang, saya tidak tahulah bagaimana nasib saya,” katanya.

 ??  ?? DR AHMAD Zahid (tengah) mendengar penerangan mengenai batu jalan.
DR AHMAD Zahid (tengah) mendengar penerangan mengenai batu jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia