Harian Metro

Bimbang buat tak betul

- DARI MUKA R23

“Apa yang membuatkan ia susah kerana pada masa sama perlu ada reaksi muka. Kalau setakat isyarat tangan ia boleh dihafal. Ini pertama kali saya melakonkan watak sebegini. Bimbang juga nanti, kalau cara saya menggunaka­n bahasa isyarat itu betul tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya pasti kena kritik.

“Saya lega apabila guru yang mengajar kelas ini turut berada di lokasi nanti. Dia akan memantau dan membimbing sepanjang penggambar­an. Ia sangat membantu kerana perkara ini tidak boleh dibuat sambil lewa,” katanya.

Selain Ayda, Sheila dan Jay Izwazir juga diberi cabaran sama untuk melakonkan watak orang kurang upaya.

Enggan panjangkan isu

Kanvas seni Ayda turut diwarnai dengan kisah sensasi apabila dia dikatakan bermasalah dengan pelakon Elvina Mohamad yang juga heroin drama Isteri Untuk Diiktiraf.

Isu itu timbul apabila Elvina dikatakan mesra dengan pelakon, Redza Rosli yang juga hero drama itu hingga membuatkan Ayda sering berkunjung ke lokasi penggambar­an drama itu.

Elvina dalam satu kenyataan menganggap perkara yang timbul adalah gosip semata-mata dan bertujuan melagalaga­kannya dengan Ayda.

“Kalau boleh saya tidak mahu mengulas perkara ini. Kak Sheila juga sudah mengeluark­an kenyataan, jadi lebih baik saya diam. Saya tidak mahu isu kecil ini diperbesar­kan,” katanya.

Bagi Ayda, apa yang timbul sekadar isu biasa, malah dia sudah lali dengan perkara itu sejak mula-mula bergelar pelakon.

Mengenai kerjaya nyanyianny­a, Ayda bakal muncul dengan single

Bagai Pelangi yang turut dimuatkan dalam filem Pinjamkan Hatiku.

“Kalau perasan, lagu ini ada dimainkan dalam filem Pinjamkan Hatiku. Cuma ia bukan versi penuh. Memandangk­an banyak permintaan ingin lagu ini dijadikan single, saya ambil keputusan menerbitka­nnya.

“Sejujurnya, saya juga menyukai melodi dan lirik lagu ini. Saya berharap ia boleh pergi jauh seperti beberapa single lain,” katanya.

Menyusul selepas itu, Ayda juga bakal muncul dengan single ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Lagu bergenre dangdut dan EDM itu bagaimanap­un masih dalam proses gubahan semula.

“Kalau ikutkan lagu ini sudah siap, cuma saya minta mereka ubah muzik sedikit. Saya tidak mahu ia kedengaran terlalu dangdut. Jadi, saya berikan pendapat untuk selitkan eleman muzik EDM supaya ia lebih segar.

“Kalau sudah okey, baru saya masuk untuk proses rakaman suara. Ini juga antara projek yang ditunggu-tunggu apatah lagi dapat bekerjasam­a dengan Hael dan Ezra. Bukan semua penyanyi dapat peluang sebegini,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

Ayda lega guru bahasa isyarat turut berada di lokasi sepanjang penggambar­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia