Harian Metro

MADU POSITIF

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Banyak perkara yang tanpa kita sedari sebenarnya menyentuh sensitivit­i rakyat Malaysia. Salah satunya adalah mengenai poligami dan kedudukan isteri kedua.

Bagi penyanyi Adira, namanya yang baru-baru ini kembali menjadi sebutan selepas muncul sebagai penghias kulit majalah hiburan dengan judul berkaitan isteri kedua dan ia bukan satu masalah.

“Saya sudah biasa dikecam. Lagipun, bukan saya yang mahukan wajah terpampang bersama tajuk begitu,” katanya.

Menurut isteri kedua kepada Datuk Red itu, dia lebih selesa berdiam diri daripada membalas kecaman masyarakat terhadap dirinya.

“Mereka yang kenal rapat dengan saya tentunya tahu saya bukan jenis yang akan membalas balik kata-kata daripada netizen.

“Berdiam diri bukan bererti saya tak ambil tahu mengenainy­a. Tapi, selagi keadaan masih terkawal, saya cuba untuk tak membalas apa juga komen berbaur kecaman,” katanya.

Adira juga melihat dari sudut positf kerana itu mungkin satu daripada beberapa strategi untuk mempromosi­kan majalah berkenaan.

“Jika kita lihat dari sudut positif, itu secara tak langsung memantapka­n pemasaran dan jadi satu promosi. Apabila orang bercakap, orang akan cari dan ingin tahu kandungan ceritanya,” katanya.

Mengulas lagi mengenai kulit majalan yang menggandin­gkannya dengan pelakon, Izreen Azminda itu, Adira menganggap ia tidak serius selagi tidak mengganggu keharmonia­n keluargany­a.

“Selagi kecaman itu tidak mengganggu keluarga saya atau sehingga memudaratk­an, saya anggap ia tak serius.

“Saya yakin, lamakelama­an mereka senyap apabila tiada reaksi. Jadi, saya teruskan kehidupan dan kerja saya seperti biasa,” katanya.

Bercerita mengenai keluarga, Adira tidak menolak sekiranya dikurniaka­n rezeki anak lagi.

“Anggerik pun dah nak masuk 11 bulan. Saya sendiri pun dah nak masuk usia 30 tahun, jadi kalau ada rezeki untuk dapat anak lagi, tak jadi masalah,” katanya.

Adira juga meluahkan hasratnya untuk memiliki anak kembar sekiranya ada rezeki.

“Seronok juga kalau dapat anak kembar. Keluarga saya di sebelah ibu ada genetik kembar. Dalam keluarga, saya ada kakak kembar namun umur mereka tak panjang,” katanya.

Terbaru, Adira yang bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel hadir dengan single terbarunya berjudul Sembunyi.

“Single ciptaan

Alif Sleeq itu dilancarka­m pada 2 Februari lalu dan kini kami menyiapkan video muziknya,” katanya.

Adira tiada masalah hiasi kulit majalah dengan judul berkaitan isteri kedua

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia