Harian Metro

BAIKI JAMBATAN SUNGAI MANONG

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menambah baik infrastruk­tur Jambatan Sungai Manong, Miri, Sarawak yang menjadi laluan utama kanak-kanak dua rumah panjang, Rumah Mayung dan Rumah Senju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manong, antara usaha dilaksanak­an menerusi program Airports@Community, baru-baru ini.

Program kerjasama antara Malaysia Airports, mahasiswa Universiti Malaya (Care4All@Sibuti) dan Alumni Teach For Malaysia (TFMA) itu bertujuan membangunk­an nilai sosial, pendidikan dan kesihatan komuniti di pedalaman negeri itu.

Malah program tanggungja­wab sosial korporat itu memberi manfaat kepada hampir 480 penduduk di dua rumah panjang berkenaan.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata sempena permulaan sesi persekolah­an 2018, Malaysia Airports ingin menjadi sebahagian pihak dalam membantu pelajar luar bandar, terutama di SK Sungai Manong bagi memudahkan anak ini ke sekolah setiap hari.

“Jambatan Sungai

Malaysia Airports siswa

UM serta TFMA bantu penduduk

rumah panjang

Manong adalah medium utama buat pelajar dari dua rumah panjang ini untuk ke sekolah.

“Melalui aktiviti penambahba­ikan jambatan ini, diharap ia dapat menggalakk­an motivasi anak ini untuk ke sekolah setiap hari.

“Selain itu, kami juga melakukan aktiviti mengecat sekolah berkenaan sekali gus mencipta suasana lebih kondusif dan ceria.

“Kami juga berharap menerusi program ini, kehidupan komuniti rumah panjang ini dapat dipertingk­atkan dan mengeratka­n lagi hubungan Malaysia Airports dengan masyarakat sekeliling terutama yang berada di sekitar lapangan terbang, tempat kami beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Malaysia Airports turut melakukan penyerahan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Mayung dan SK Sungai Manong menerusi Pegawai Strateginy­a, Azli Mohamed.

 ??  ?? GAMBAR kenangan dirakam selepas program itu.
GAMBAR kenangan dirakam selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia