Harian Metro

NEUC JALIN KERJASAMA DENGAN TIC

-

Kolej Universiti New

Era (NEUC), Kajang,

Selangor, baru-baru ini menandatan­gani perjanjian perkongsia­n strategik

(MoU) dengan China Talent Internatio­nal College

Guangxi (TIC) di Qinzhou, Guangzhi, China.

Perjanjian MoU ditandatan­gani ketika lawatan delegasi ke Qinzhou yang diketuai Naib Canselor NEUC Dr Mok Soon Chong.

NEUC diwakili Dr Mok pada majlis menandatan­gani MOU dan TIC pula diwakili Pengetuany­a, Dr Lu Yaoxin.

Majlis ini disaksikan Lembaga Pengarah TIC Hou Zhenmei, Timbalan Naib Canselor NEUC Dr Lee Kam Hing dan Ketua Pejabat Perhubunga­n Antarabang­sa NEUC Gregory Goh Chin Seng.

Menerusi perjanjian itu, TIC akan menghantar graduan diplomanya untuk mengikuti program ijazah di NEUC, selain memperuntu­kkan penubuhan kerjasama institusi dalam TIC bagi menguruska­n pertukaran akademik antara kedua-dua institusi.

TIC dan NEUC juga bersetuju untuk menubuhkan Pusat ChinaASEAN Belt and Road yang akan menjadi platform penting bagi perkongsia­n akademik, perniagaan dan perindustr­ian.

Dr Mok berkata, perkongsia­n akademik TIC-NEUC adalah contoh yang baik dan tepat pada masanya apabila institusi di sepanjang rantau ChinaASEAN Belt and Road dapat berkolabor­asi serta mendapat manfaat dari satu sama lain.

Di bawah perkongsia­n TIC-NEUC, graduan TIC berpeluang mengikuti program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pengurusan Perniagaan, dan Kewangan dan Perakaunan di NEUC.

Kumpulan pertama pelajar Qinzhou dijangka tiba di NEUC menjelang September ini.

Katanya, melalui institusi yang bakal ditubuhkan bersama oleh NEUC dan TIC, NEUC merancang untuk membangunk­an kursus tertentu bagi menggalakk­an persefaham­an bersama antara China serta negara ASEAN.

Katanya NEUC juga akan mengadakan kursus Bahasa Malaysia dan bahasa Asia Tenggara untuk menawarkan kajian masyarakat di Asia Tenggara termasuk sejarah serta peranan masyarakat Cina di seluruh rantau ASEAN.

“Perjanjian mercu tanda ini adalah langkah terbaik ke arah NEUC sebagai universiti yang baru ditubuhkan selain berjaya menarik penuntut luar negara.

“Situasi ini akan akan meningkatk­an kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi” katanya.

 ??  ?? DR MOK (kiri) dan Dr Lu Yaoxin selepas majlis MoU.
DR MOK (kiri) dan Dr Lu Yaoxin selepas majlis MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia