Harian Metro

CUBA KALI PERTAMA DAH JATUH HATI

- Fatin Farhana Japre

Terus berjuang kerana minat! Itulah katakata atlet sofbol, Mohd Nor Shadan Mohd Zaid, 26, yang berjiwa besar meskipun sukan ini kurang mendapat perhatian di Malaysia.

Mula bergiat aktif menerusi sukan ini sekadar suka-suka pada usia 13 tahun, Mohd Nor Shadan mengakui menggemari sofbol selepas beberapa kali turun padang untuk menjalani latihan.

“Awalnya saya bergiat aktif dalam hoki, tetapi kakak mengajak untuk menyertai sof bol.

“Disebabkan tiada bimbingan daripada jurulatih hoki, saya bersetuju dan mula menjalani latihan setiap petang.

“Kali pertama beraksi di padang, saya mula jatuh hati dengan sukan ini kerana kehadiran ramai pemain menjadikan suasana lebih meriah dan bersemanga­t.

“Saya mula dilatih dengan posisi luar padang yang berperanan sebagai penangkap bola.

“Minat yang mendalam terhadap sukan ini menyebabka­n saya mengambil masa dua bulan saja untuk mahir,” katanya.

Menurutnya, kelebihann­ya itu menyebabka­n dia terpilih beraksi di Kejohanan Tertutup Terengganu 2005 bagi kategori bawah 16 tahun.

“Saya tidak mensia-siakan peluang dan kepercayaa­n yang diberi. Saya beraksi sebaik mungkin dan tidak sangka pasukan kami meraih gelaran juara.

“Selepas itu, semangat saya semakin membuak-buak untuk mempelajar­i teknik dalam posisi lain.

“Oleh itu, saya meluahkan hasrat kepada jurulatih untuk mendalami posisi yang berperanan sebagai pelempar bola.

“Bagi posisi ini, saya mengambil masa setahun untuk mahir kerana teknik pukulannya memerlukan kekuatan dan ketangkasa­n melempar bola,” kata anak kelima daripada tujuh beradik ini.

Mohd Nor Shadan amat berharap negara kita senaraikan sofbol dalam Sukan SEA

Katanya, usaha yang gigih membuahkan kejayaan apabila sekali lagi diberi kepercayaa­n mewakili Terengganu untuk beraksi di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2007 di Melaka.

“Ketika pertanding­an itu, kami sekadar meraih tempat keempat namun itu bukan alasan untuk berputus asa. Seterusnya, kami dihantar untuk beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) 2011 di Kuala Lumpur dan meraih pingat perak.

“Mungkin ada yang menganggap sofbol agak mudah untuk dikuasai. Hakikatnya ia memerlukan teknik yang betul dan sedikit rumit.

“Ayat yang lebih mudah - kekuatan, semangat jitu dan ketangkasa­n adalah kunci kejayaan dalam pertanding­an,” katanya yang bernaung di bawah Kelab Rembau dan Institut Pengajian Tinggi.

Kata anak Terengganu ini lagi, teknik yang paling sukar baginya dalam sukan ini adalah memukul bola.

“Teknik memukul bola memerlukan mata yang tajam dan peka kerana bola datang dengan laju. Tersilap pandang boleh menyebabka­n pihak lawan mendapat mata percuma.

“Bagaimanap­un, kemahiran untuk menguasai teknik itu bergantung kepada kelebihan individu. Apa yang penting perlu minat dan tidak putus asa untuk menjadi pemain sofbol terbaik,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pencapaian terbaiknya sepanjang membabitka­n diri dalam sukan ini, Mohd Nor Shadan mengakui tidak dapat melupakan pengalaman beraksi di Sukan SEA 2015 di Singapura.

“Walaupun pasukan kami kalah, saya bangga dan berpuas hati dapat bertemu pemain sofbol profesiona­l selain berkongsi pendapat bersama mereka.

“Selain itu, pasukan saya pernah beraksi tiga kali berturut-turut dalam Kejohanan Terbuka Makassar, Indonesia untuk didedahkan dengan pengalaman bermain sofbol dalam satu padang bersama pemain sofbol bertaraf dunia.

“Namun saya sedikit terkilan kerana negara kita tidak menyenarai­kan sofbol dalam Sukan SEA. Pemergian kami ke sana juga adalah tajaan sepenuhnya Persatuan Sofbol Malaysia,” katanya.

Mohd Nor Shadan berkata, dia sangat berharap sofbol menjadi sukan tumpuan setaraf dengan sukan lain seperti renang dan bola jaring.

“Impian saya adalah melihat pasukan sof bol Malaysia menggengga­m pingat emas di Sukan SEA di mana-mana negara yang mengiktira­f sukan ini.

“Oleh itu, saya sangat berharap Kementeria­n Belia dan Sukan mempertimb­angkan sofbol untuk disenaraik­an dalam Sukan SEA Kuala Lumpur pada masa akan datang,” katanya yang bakal melanjutka­n pengajian di Universiti Teknologi MARA Shah Alam dalam jurusan Sains Komputer.

 ??  ?? INFO
Kereta impian: Honda CRV berwarna putih Jenama kegemaran peralatan sofbol: Mizuno
Saiz kasut: 8UK Makanan dan minuman kegemaran: Nasi ayam dan ‘coconut shake’
Hobi: Bermain Mobile Legends
Cita-cita: Usahawan berjaya
Haiwan yang paling ditakuti: Katak
Warna kegemaran: Maroon
Filem kegemaran: Transforme­rs
Status: Bujang
INFO Kereta impian: Honda CRV berwarna putih Jenama kegemaran peralatan sofbol: Mizuno Saiz kasut: 8UK Makanan dan minuman kegemaran: Nasi ayam dan ‘coconut shake’ Hobi: Bermain Mobile Legends Cita-cita: Usahawan berjaya Haiwan yang paling ditakuti: Katak Warna kegemaran: Maroon Filem kegemaran: Transforme­rs Status: Bujang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia