Harian Metro

Bertemu jodoh selepas pembedahan

-

Dapat ilham keluarkan produk penjagaan wajah apabila kulit muka terbakar kerana rawatan radioterap­i

DARI MUKA H53

Katanya, rata-rata orang yang melihat keadaan dirinya ketika terlantar di hospital pasti menelah hayatnya tidak akan bertahan lama apatah lagi dapat merasai gerbang perkahwina­n dan melahirkan zuriat.

Benarlah kuasa dan takdir Allah itu tiada siapa yang mampu menandingi­nya, Nadia bersyukur dalam keadaannya itu dia masih diberi kesempatan untuk merasai kebahagiaa­n bersama suami tersayang selain dikurniaka­n dua cahaya mata.

Kesan pembedahan itu, Nadia bukan saja hilang penglihata­n pada mata kiri tetapi juga hilang deria bau dan tidak mempunyai kening akibat pembedahan yang turut dilakukan pada dahinya.

Mengimbas episod hitam dalam hidupnya itu, Nadia berkata segalanya bermula kira-kira lima tahun lalu selepas dia tidak tahan menanggung kesakitan di kepala dan berjumpa doktor untuk mengetahui punca sebenar penyakitny­a.

Katanya, dari zaman persekolah­an lagi dia sering mengalami sakit kepala dan bergantung kepada ubat tahan sakit kerana mempercaya­i ia disebabkan migrain.

“Selama 10 tahun saya sering sakit kepala hingga tahap tidak boleh langsung melihat cahaya ketika sakit menyerang dan terpaksa berselubun­g di bawah selimut untuk mengurangk­an sakit.

“Akhirnya saya menyerah, selepas membuat ujian imbasan Imej Resonans Magnetik (MRI) dan alangkah terkejutny­a saya apabila doktor memberitah­u ada ketumbuhan di kepala sebesar lapan sentimeter (sm).

“Waktu itu saya tidak menjangkak­an penyakit ini serius, namun doktor mahu saya dibedah pada keesokan harinya. Tentulah keluarga yang menerima berita ini terduduk kerana mereka tahu saya seorang yang aktif.

“Pembedahan kali pertama selama lima jam memerlukan tempurung kepala saya dibuka untuk mengeluark­an tumor,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, komplikasi berlaku apabila mata kirinya tidak memberi sebarang gerak balas. Tidak sampai satu jam dia kemudian dibedah lagi untuk melihat punca komplikasi itu. Bayangkan selepas kepalanya dijahit, ia terpaksa dibuka

 ??  ?? NADIA sentiasa
positif dalam mengharung­i saat getir dalam hidup.
NADIA sentiasa positif dalam mengharung­i saat getir dalam hidup.
 ??  ?? PEMBANGUNA­N produk mengambil masa dua tahun.
PEMBANGUNA­N produk mengambil masa dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia