Harian Metro

8,000 balang ditempah

-

Kuih kapit berperisa serunding ayam paling mencuri tumpuan

DARI MUKA H53

Beliau berkata, sepanjang perayaan sama tahun lalu, syarikatny­a NFDAE Enterprise menerima tempahan kira-kira 8,000 balang sekali gus mampu menjana perolehan menguntung­kan.

Katanya, kuih kapit atau kuih sepit keluaran syarikatny­a mempunyai pelbagai perisa seperti coklat, kacang, mentega, coki-coki, serunding ayam dan daging, tuna serta durian.

Menurutnya, paling mencuri tumpuan orang Cina adalah kuih kapit berperisa serunding ayam yang dijual pada harga RM16 sebalang mempunyai 40 keping manakala perisa lain dijual pada harga

RM15 sebalang.

“Kuih kapit atau lebih dikenali sebagai kuih sepit dalam kalangan masyarakat Cina menjadi kemestian dan pelengkap juadah hidangan kerana rasanya yang rangup dan terus cair di dalam mulut.

“Gandingan kerangupan dan tekstur kenyal serunding ayam mendapat sambutan ramai yang berpendapa­t ia unik,” katanya.

Nur Farah Diba bersyukur kerana perayaan masyarakat majmuk di negara ini bukan sahaja membuka peluang rezeki kepada kaum lain malah ia turut memberikan kesan positif terhadap usahawan biskut dan kuih tradisi.

Selain memasarkan kuih kapit, beliau turut menerima tempahan kuih bulan halal sebagai antara kuih tradisiona­l Cina yang mendapat permintaan besar ketika Perayaan Pertengaha­n Musim Luruh.

“Biasanya kami mengeluark­an 10,000 biji kuih bulan sepanjang perayaan itu yang dijangkaka­n pada September tahun ini dan dijual pada harga RM15 sebiji.

“Kuih bulan berbentuk bulat mempunyai ukuran diameter kira-kira 10 sentimeter (sm) dengan ketebalan di antara empat sehingga lima sm. Kami menyediaka­n pelbagai perasa kuih bulan seperti kacang hijau, biji bunga teratai, kurma merah dan kuning telur masin.

“Proses pembuatan kuih bulan perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati terutama ketika menekap acuan bagi mendapatka­n bentuk sempurna. Peredaran masa dan minda serta status halal menyebabka­n pasaran kuih bulan diterima baik termasuk dalam kalangan masyarakat Melayu dan India, sekali gus membuka pasarannya lebih luas,” katanya. -Syed Ismail Syed Abu Bakar

 ??  ?? NUR Farah menunjukka­n kuih kapit
pelbagai perisa di bengkelnya.
NUR Farah menunjukka­n kuih kapit pelbagai perisa di bengkelnya.
 ??  ?? NUR Farah bersama pembantuny­a sibuk menyediaka­n
kuih kapit.
NUR Farah bersama pembantuny­a sibuk menyediaka­n kuih kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia