Harian Metro

BERKEBUN JADI TERAPI KELUARGA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Memanfaatk­an halaman rumah dengan pelbagai tanaman dan sayuran bukan saja memberi kepuasan buat mereka yang meminatiny­a malah menghidang­kan panorama indah dan menyejukka­n pandangan.

Tambahan pula di tengah kesibukan bandar dan waktu terhad dek kekangan kerjaya, menjadikan hobi berkebun ini sebagai salah satu terapi untuk menenangka­n diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang.

Norsahida Md

Saad, 40, antara yang menjadikan hobi berkebun sebagai salah satu cara untuk dirinya menyalurka­n segala lelah dan tekanan di tempat kerja dengan aktiviti menanam pelbagai sayuran dan pokok bunga.

Menurutnya, dia cukup bertuah kerana turut mendapat sokongan penuh suami, Shaiful Hakim Zakaria untuk menghias halaman rumah mereka yang terletak di Presint 11 Putrajaya dan menjadikan ia sebagai aktiviti menyeronok­kan buat seisi keluarga.

Selain pelbagai sayuran dan buah seperti mulberi, Norsahida turut menghiasi halaman rumahnya dengan pokok bunga bahkan sekali pandang, bahagian depan kediamanny­a bagaikan taman indah apabila dipenuhi pelbagai jenis bunga-bungaan segar khususnya ros dan petunia yang membuat hati tertawan.

“Selain menanam sayursayur­an dan ulam-ulaman, menanam pokok bunga juga sudah menjadi minat saya sejak kecil dan malam menjadi waktu paling saya gemari untuk ‘bermesra’ dengan pokok bunga di laman landskap kami ini.

“Sambil menyiram, membaja atau sedikit penyelengg­araan, saya pasti mengubah kedudukan tanaman ini jika sudah bosan dengan reka letak sebelumnya.

“Kalau ada saudara-mara dan rakan yang berkunjung ke rumah kami, mereka begitu teruja melihat halaman dipenuhi sayuran dan bunga-bungaan dengan landskap ringkas.

“Tiada yang lebih menggembir­akan kami sekeluarga apabila tetamu lebih selesa dan tidak segan bersantai di laman ini.

“Ini membuktika­n landskap ringkas pun tetap menenangka­n kerana ia begitu sinonim dengan alam,” katanya.

Menurutnya, berkonsepk­an taman herba, dia menanam pelbagai herba untuk masakan harian seperti daun sup, kucai, selasih, kesum, cili, kunyit selain ulam dan mengakui ia sedikit sebanyak memudahkan tugasnya untuk memasak buat keluarga.

Ini kerana, tanaman itu terus boleh dipetik jika mahu digunakan dan tidak perlu membazir masa membelinya di kedai atau pasar raya.

Menurutnya, dia turut membekalka­n benih tanaman kepada jiran tetangga malah menggalakk­an komuniti di situ menanam pokok dan herba.

“Kawasan sekitar Putrajaya memang tiada nurseri jualan anak pokok jadi saya perlu membeli benih di Sungai Buloh sebelum membiaknya dan mengalihka­n ke pasu.

“Oleh kerana kawasan halaman agak terhad, saya menanam pokok dalam pasu. Sebenarnya ia lebih mudah kerana tidak perlu risau semak dan senang untuk membersihk­an kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? NORSAHIDA bijak menggunaka­n ruang terhad di halaman rumah dengan pelbagai tanaman. Kalau ada saudara-mara dan rakan yang berkunjung ke rumah kami, mereka begitu teruja melihat halaman dipenuhi sayuran dan bunga-bungaan dengan landskap ringkas
NORSAHIDA bijak menggunaka­n ruang terhad di halaman rumah dengan pelbagai tanaman. Kalau ada saudara-mara dan rakan yang berkunjung ke rumah kami, mereka begitu teruja melihat halaman dipenuhi sayuran dan bunga-bungaan dengan landskap ringkas
 ??  ?? TANAMAN dijaga rapi.
TANAMAN dijaga rapi.
 ??  ?? ANTARA tanaman herba yang digunakan untuk memasak.
ANTARA tanaman herba yang digunakan untuk memasak.
 ??  ?? NORSAHIDA bijak menggunaka­n ruang terhad di halaman rumah dengan pelbagai tanaman.
NORSAHIDA bijak menggunaka­n ruang terhad di halaman rumah dengan pelbagai tanaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia