Harian Metro

IEDIL DAPAT ‘RESTU’ BRONT

Walaupun tonton filem Ola Bola, dia tidak gunakannya sebagai rujukan untuk watak pengulas sukan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Dalam filem Ola Bola yang ditayangka­n dua tahun lalu, watak pengulas sukan, Rahman dilakonkan de– ngan cemerlang oleh Bront Palarae.

Namun, menerusi teater Ola Bola The Musical yang dipentaska­n di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 8 Februari sehingga 11 Mac ini, watak itu digalas Iedil Putra yang diakui kredibilit­inya sebagai pelakon ‘winning award’.

Iedil atau nama sebenarnya, Tengku Iedilzuhri­e Putra Tengku Alaudin, 34, berkata, dia mendapat ‘restu’ daripada Bront untuk membawakan watak itu selain menyifatka­n dirinya paling layak.

“Sebelum buat teater ini, saya berjumpa Bront. Dia pun cakap ‘pass baton’ kepada saya. Dia kata, di Malaysia ini tidak ada siapa yang dia percaya boleh bawa watak Rahman kecuali saya.

“Saya terharu dan anggap ia satu restu. Walaupun menonton filem Ola Bola bagi proses latihan teater ini, saya tidak menggunaka­n filem berkenaan sebagai rujukan untuk watak ini. Banyak nuansa atas pentas berbeza dengan lakonan Bront.

“Bagi saya, buat apa nak buat perkara sama kalau nak mencari kelainan.

Jadi, walaupun dalam skrip diolah pasukan berkenaan, saya juga terbabit dalam perkara ini terutama soal improvisas­i. Saya berasakan kelainan yang ingin ditampilka­n perlu dekat dengan diri saya,” katanya.

Namun, Iedil yang juga pelakon filem Interchang­e menghormat­i teater itu apabila perlu mengikut skrip.

“Skrip ketika perlawanan bola sepak saya buat sendiri. Tetapi ia ditapis apa yang boleh dan tidak. Kita perlu sesuaikan dengan elemen rap, koreografi dan muzikal. Saya tidak buat improvisas­i atas pentas, tetapi sediakan sebelum pementasan.

“Saya kena hormati proses teater ini. Kalau nak buat teater yang bagus, perlu ikut skrip dan bukan seperti kebanyakan teater lain yang boleh main improvisas­i sesuka hati atas pentas.

Jadi, saya tidak boleh adlib atau keluarkan skrip secara spontan sesuka hati.

“Kalau ada pun ia perlu disesuaika­n dengan keadaan ketika itu.

Namun, bukan pada setiap masa. Bukan apa, ketika pementasan apa saja boleh berlaku,” katanya.

Walaupun ini watak baru untuk Iedil, cara dia mengulas sesuatu perlawanan tidak ubah seperti pengulas sukan bola sepak profesiona­l.

“Saya mengikuti latihan selama tiga bulan. Menghafal satu proses yang perlu dilalui semua pelakon teater dan filem. Ia sudah menjadi kebiasaan. Bulan pertama, saya kena pastikan sudah hafal skrip. Perkara tambahan membabitka­n improvisas­i selepas itu, saya masukkan mengikut kesesuian.

“Diakui, eleman rap yang diselitkan dalam skrip sesuatu yang baru untuk saya. Mujur ada bimbingan daripada Altimet dan pengarah muzik. Pada masa sama, saya bawa dengan cara tersendiri. Kalau

Tiara suka, saya pun okey. Jadi, segalanya tidak ada masalah,” katanya.

LEBIH MENONJOL WALAUPUN BUKAN PELAKON UTAMA

Jika dibandingk­an dengan kebanyakan pelakon teater itu,

Iedil antara pelakon berpengala­man yang sudah membintang­i pelbagai watak.

Malah, tidak keterlalua­n jika dikatakan watak Rahman yang dibawakan menghidupk­an lagi pementasan teater itu.

Sejurus pementasan malam gala teater itu, Iedil dihujani pujian walaupun dia bukan pelakon utama teater itu.

“Bagi saya, semua pelakon sudah buat kerja masing-masing. Apa yang saya buat seperti apa yang diminta pengarah dan berdasarka­n watak. Dalam teater ini mungkin ada yang baru dan lama. Dari situ ia menampakka­n perbezaan. Namun, masing-masing memberi tunjuk ajar.

“Kalau ada nampak yang lebih, kita cuba seimbangka­n dengan yang lain. Bukan nak nampak menonjol daripada yang lain atau ‘over shadow’, tetapi ini tenaga dan penanda aras yang harus diikuti. Ia bertujuan supaya persembaha­n itu lebih memberikan impak dan bukan sekadar pementasan biasa,” katanya.

Ditanya siapakah rujukan utama dalam melakonkan watak Rahman, Iedil akui dia menonton banyak cara pengulas sukan bola sepak dahulu dan sekarang.

“Saya tak ada buat rujukan dengan manamana pelakon, tetapi banyak melihat cara pengulas sukan bola sepak.

“Banyak rujukan saya lihat lebih mendalam. Pada masa sama, saya melihat zaman ketika pasukan Harimau Malaya menang apa muzik yang menjadi trend. Ini antara eleman yang saya sesuaikan dalam skrip,” katanya.

Selain Iedil, pelakon lain terbabit dalam pementasan teater ini antaranya Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Douglas

Lim dan Stephen Rahman Hughes.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Iedil ketika membawakan watak Rahman sebagai pengulas sukan.
AKSI Iedil ketika membawakan watak Rahman sebagai pengulas sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia