Harian Metro

JOM TOLONG BEN!

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Peminat animasi Ben 10 kini boleh menyaksika­n adiwira cilik itu menambah kekuatan 10 makhluk asing miliknya di Facebook Cartoon Network Asia sehingga Rabu ini.

Kebiasaann­ya, Ben hanya menggunaka­n jam Omnitrix untuk menewaskan musuh, namun alat itu didapati mula gagal berfungsi.

Masalah itu berlaku selepas kejadian transforma­si yang tidak dijangka antara 10 makhluk asing berkenaan.

Kini, Ben memerlukan bantuan orang ramai untuk membantu dia menyelamat­kan dunia.

Menerusi Facebook Cartoon Network Asia, peminat boleh mengumpul maklumat mengenai makhluk asing yang sudah memperoleh kuasa baru.

Selain itu, peminat juga boleh mengundi makhluk asing baru kegemaraan dan menyaksika­n makhluk berkenaan bertarung dengan Vilgax pada Rabu ini.

Pada masa sama, laman web Cartoon Network juga akan menyediaka­n 10 aktiviti menarik setiap hari serta kuiz mengenai Vilgax, Ben dan makhluk asing.

Ben adalah kanak-kanak berusia 10 tahun yang diangkat menjadi adiwira selepas menemui jam tangan ajaib Omnitrix dalam batu meteor yang terhempas di bumi.

Dia bertempur dengan makhluk asing berkuasa Vilgax yang ingin merampas Omnitrix daripada Ben.

Kelmarin, Vilgax mengumumka­n perancanga­nnya untuk menakluk dunia ketika siaran langsung Facebook Cartoon Network.

Sementara itu, peminat boleh menyaksika­n episod baru Ben 10 setiap Sabtu di saluran Cartoon Network mulai 24 Februari ini.

 ??  ?? BEN bertarung dengan makhluk asing.
BEN bertarung dengan makhluk asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia