Harian Metro

Ambil sikap bertenang

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kanvas seni pelakon Johan Ariff Asa’ri, 32, yang dilakarnya sejak enam tahun lalu diakui ada pasang dan surut.

Malah, lebih hebat pelakon drama Juvana ini sering terpalit dengan cerita kisah cinta yang tidak kesampaian.

Sepanjang pembabitan­nya, Johan pernah dikaitkan menjalin hubungan istimewa bersama beberapa selebriti wanita popular.

Mengulas mengenainy­a, pemuda kelahiran Pulau Pinang ini memberitah­u dia menganggap apa yang berlaku sebagai takdir.

“Memang sampai kini, jodoh masih agak jauh dari saya. Namun, saya percaya jodoh itu tetap ada.

“Cuma, siapa gerangan wanita yang berjaya memiliki hati dan cinta saya itu hanya Allah saja mengetahui­nya.

“Sampai masa bertemu jodoh saya akan berkongsin­ya kerana soal perkahwina­n perlu diuar-uarkan,” katanya.

Melihat positif kisah lalunya itu adalah pengalaman hidup yang menjadikan dia lebih matang, Johan selesa berterus terang.

“Suatu ketika dulu, pada awal karier seni saya bermula memang tidak dinafikan terkejut juga dengan populariti diterima.

“Maklumlah siapa yang tidak mengalami kejutan budaya apabila dalam sekelip mata memiliki peminat.

“Ditambah lagi, jadi perhatian media yang sentiasa mahukan kerjasama untuk dapatkan berita.

“Saya akhirnya terleka hingga cepat melatah hanya disebabkan tidak boleh menerima tajuk berita disiarkan,” katanya.

Johan berkata, dia sepatutnya bersikap tenang kerana apa saja bentuk berita itu tetap satu publisiti buat dirinya.

“Ini yang dikatakan pengalaman hidup. Saya banyak belajar jadi matang selepas usia meningkat. Bahkan, saya kini lebih suka mengingatk­an diri untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

“Tidak semua orang bertuah seperti saya dapat membina nama dan karier dalam industri seni seperti diimpikan.

“Saya selalu ingat supaya merendah diri.

Mudah memaafkan dan jangan sesekali mencari musuh,” katanya.

Baru muncul dengan drama

Jurnal Suraya lakonannya yang ditayangka­n di TV3, Johan berkata, dia gembira bakat lakonannya masih diterima.

“Namun begitu, saya tetap akur dengan kemunculan bintang baru dalam industri seni yang bersilih ganti.

“Ada saja muka baru diketengah­kan dan saya tidak anggap ia satu persaingan negatif sesama anak seni.

“Dalam soal ini, berbalik pada urusan rezeki dan siapa saya untuk cuba menyangkal­nya,” katanya.

Berkongsi perkembang­an karier lakonannya, Johan berkata, dia terharu mendapat tawaran berlakon drama bersiri SuamiSuami Anissa sebanyak 100 episod.

Katanya, lebih istimewa dia dapat peluang berlakon bersama pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz dan Izara Aishah.

Johan banyak belajar jadi matang

seiring peningkata­n usia

Memang sampai kini, jodoh

masih agak jauh dari saya. Namun, saya percaya jodoh

itu tetap ada

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia