Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 7.30 malam JOHNNY ENGLISH TV3, 6.30 petang BUDAK BOYS EPISOD 9 TV3, 7 malam TIADA JODOH ANTARA KITA EPISOD 1 TV3, 10 malam MELANKOLIA EPISOD 1

Johnny English lelaki yang baik dan pada masa sama bertugas sebagai ejen MI7. Dia menjadi ejen yang paling dipercayai.

Selepas kematian Ejen One dalam kemalangan kapal selam yang disebabkan oleh Johnny tanpa sengaja, ada beberapa ejen lain turut terbunuh tatkala hadir majlis pengebumia­n Ejen One.

Insiden itu menyebabka­n hanya Johnny yang terselamat dan kini perlu menyelesai­kan tugasan Ejen One yang belum selesai.

Dia ditugaskan menyamar dan mengikut penjenayah yang ingin mencuri Crown Jewels dipamerkan di Menara London.

Di pameran itu, Johnny berdepan pengawal keselamata­n dan bertemu wanita misteri bernama Loma Campbell.

Secara tiba-tiba, bekalan elektrik di ruang pameran itu terputus dan barang kemas itu dicuri. Dalam kelam-kabut, Johnny secara tak sengaja terhentak kepada pengawal keselamata­n itu hingga pengsan.

PELAKON: Rowan Atkinson, Natalie Imbruglia dan Ben Miller Pada perhimpuna­n pagi akan berlangsun­g pertanding­an menembak antara semua kompeni. Dalam kelas ITU, semua Boys berbincang dan berharap mereka terpilih.

PELAKON: Syafiq Kyle, Nafiz Zaidi dan Sabhi Saddi Apabila Payyad dan Pia bertemu secara kebetulan, pelbagai perasaan muncul secara tiba-tiba.

PELAKON: Shukri Yahaya, Aprena Manrose dan Livonia Dalam satu majlis bersama anak yatim, Tuan Hamid mula bersedekah. Walaupun kelihatan gembira, hatinya sakit apabila diberitahu kafenya mengalami masalah.

PELAKON: Nonny Nadirah, Aliff Aziz dan Datuk Seri Idris Md Yusof.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia