Harian Metro

Pelakon minta dialog orang lain

-

Kerenah pelakon wanita ini sering menjadi bahan bualan dalam kalangan orang industri.

Malah, ramai yang tidak senang duduk dengannya jika kebetulan bekerja atau berlakon bersamanya.

Kisahnya, rakan SS bercerita pelakon wanita itu tidak boleh terima hakikat jika dialog pelakon wanita lain lebih memberikan impak daripadany­a.

Disebabkan busuk hati, pelakon wanita itu mengarahka­n pengarah untuk memberikan dialog berkenaan kepadanya. Pada masa sama, pengarah pula main ikut cakap sahaja.

Jadi, pelakon wanita yang seorang lagi ternganga dan tidak tahu ingin memberikan reaksi apa.

Kata rakan SS, pelakon wanita itu buat perkara sama kepada seorang lagi pelakon wanita lain yang turut berlakon dalam drama terbabit.

Lebih teruk lagi apabila pelakon wanita itu ‘mencaras’ babak penting seorang lagi pelakon wanita lain. Dengan alasan, babak itu lebih sesuai untuk dirinya.

Kata rakan SS, pelakon yang kena ‘caras’ itu hampir naik hantu di lokasi, tetapi atas dasar profesiona­l dia teruskan saja.

Tidak cukup dengan itu, pelakon wanita itu juga berulang kali membanding­kan set penggambar­an drama itu dengan set drama lakonannya terdahulu.

Secara sinis pelakon itu ingin memaklumka­n, set drama terbabit tidak menggembir­akannya. Dalam erti kata lain, pelakon lain tidak mesra dengannya.

Sedangkan kata rakan SS, sikapnya yang menjengkel­kan itu membuatkan orang lain tidak tahan.

SS: Semakin ramai artis yang suka menarik perhatian dengan cara membodohka­n diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia