Harian Metro

35 ahli kongsi gelap 360 didakwa

-

Johor Bahru: Seramai 35 ahli kumpulan kongsi gelap 360 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan membantu kumpulan itu sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanap­un, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh berusia antara 20 dan 69 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin dan Tamil di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, 34 daripada mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jin Jee Tong.

Mereka ialah Seow Hwee Kiang, Lee Boon Hui, Fung Ka Siong, Chua Kah Tat, Mah Jia Fei, Lai Kah Fei, Wilson Chua Yue Hua, Lim Wen Hao, Eugene Chiam Tow Shen, Chan Chun Fei, Yap Boon Chuan dan Benny Chang Xin Hao.

Selain itu, Lau Fook Soon, Liew Yun Choy, Jacky See Jiin Long, Ng Zhen Lun, Ng Soon Kiat, Lim Heng Kiaw, Wong Jin Wei, Dinesh Balakrishn­an, Sau Kah Kwee, Ong Hwee Hau, Lew Kai Yann, Kok Kat Ting dan Koh Xian Ming.

Turut berdepan pertuduhan sama, Lim Thiam Poon, Eric Mah Wai Soon, Tan Hong Chai, Tan Chee Hong, Leong Wen Hao, Gan Jia Ji, Yip Kah Hao, Fong Ling Chiow dan Leong Zhong Hen.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Selain itu, Tan Xiang Wei, 22, didakwa membantu kumpulan jenayah terancang bagi mencapai kepentinga­n kumpulan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan Akta 574 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Semua mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 Januari 2015 hingga 14 Januari lalu di daerah Johor Bahru Selatan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Antara peguam mewakili tertuduh ialah Najib Zakaria, M Vinodharan, Jason Tan, Datin Freda Sabapathy, Melisa Abdul Kadir, Wan Zaleha Abdul Wahab, Wan Aizuddin Wan Mohd dan Muhammad Farhan Shafee.

Mahkamah menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN 35 ahli kumpulan kongsi gelap 360 yang dihadapkan ke mahkamah.
SEBAHAGIAN 35 ahli kumpulan kongsi gelap 360 yang dihadapkan ke mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia