Harian Metro

Pasang meriam buatan Turki

-

 Kapal canggih milik Maritim Malaysia mampu kesan kapal hingga 100 batu nautika

Kinabalu: Sanggup menunggu seawal jam 6.30 pagi semata-mata untuk mencapai impian melawat dua kapal operasi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang berlabuh di Pelabuhan Sabah sempena Hari Terbuka APMM, di sini, semalam.

Itu impian ditunjukka­n sekumpulan remaja termasuk tiga beradik yang berada di kawasan pelabuhan untuk melihat Kapal Maritim (KM) Arau dan KM Kota Belud yang dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.

Menurut Nur Izzyyati Sarah Anuar, 16, cuti hujung minggu dimanfaatk­an dengan melawat kapal APMM itu bersama dua adik dan rakannya sempena Hari Terbuka APMM.

“Kami merancang ke sini sejak Khamis lalu dan tidak sangka ia memberi pengalaman menyeronok­kan apabila diberi peluang masuk ke dalam kedua-dua kapal.

“Ini pengalaman kali kedua selepas melawat KM Banggi sebelum ini dan hari ini (semalam), kami berpeluang menjelajah setiap sudut kapal, selain diberi penerangan pengoperas­ian dan selok-belok di dalamnya,” katanya ketika ditemui di atas kapal KM Kota Belud sempena hari terbuka itu di Pelabuhan Sabah, di sini.

Nur Izzyyati berkata, mereka diberi peluang bersiar-siar di perairan Kota Kinabalu menaiki bot kilat dan bot penyelamat APMM.

“Kami memang minat dengan aktiviti ekstrem dan saya teruja dapat menaiki bot kilat APMM,” katanya.

Bagi Siti Humairah Azman, 16, bukan mudah orang awam masuk ke dalam kapal operasi pasukan keselamata­n.

“Saya harap program ini diteruskan supaya orang ramai berpeluang merasai pengalaman berada di atas kapal atau bot operasi pasukan keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? NUR Izzyati (dua dari kanan) dan Siti Humairah (kanan) berswafoto bersama rakan di Pelabuhan Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
NUR Izzyati (dua dari kanan) dan Siti Humairah (kanan) berswafoto bersama rakan di Pelabuhan Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia