Harian Metro

Setiap murid ‘rasa’ RM8,900

- Saadiah_ismail@bh.com.my

Sebanyak RM2.9 bilion diperuntuk­kan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bantuan persekolah­an yang pelbagai bagi memberikan faedah kepada hampir 5.2 juta murid di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, kementeria­n sentiasa konsisten dalam memastikan kebajikan murid menjadi keutamaan dan saban tahun peruntukan itu akan meningkat.

Beliau berkata, di Selangor saja, kementeria­n menyalurka­n lebih daripada RM221.4 juta kepada lebih empat juta murid yang terbahagi kepada bantuan umum, khusus dan secara

“Ketahuilah bahawa asas pendidikan di negara ini adalah pendidikan percuma dan kerajaan tetap meneruskan­nya sebagai inisiatif mendahuluk­an rakyat, melainkan sumbangan tertentu mengikut keperluan sekolah.

“Justeru, seorang murid mendapat manfaat sekurang-kurangnya RM8,900 setahun selaras dengan Akta Pendidikan 550 yang menyatakan pendidikan adalah percuma di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Program Jelajah Pendidikan KPM 2018 bertemakan Menerajui Perubahan-Rakan Sejati Rakyat, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Shashim Shah Harun.

Pada program itu, kira-kira 6,000 orang hadir dan berpeluang melihat transforma­si pendidikan negara melalui pelaksanaa­n inisiatif di bawah Pelan Pembanguna­n

 Kementeria­n Pendidikan agih RM2.9 bilion untuk faedah 5.2 juta murid seluruh negara

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Di samping itu, orang ramai juga boleh menyaksika­n keberhasil­an murid daripada setiap sekolah yang menyertai program ini selain bertanya sebarang kemusykila­n berkaitan pendidikan.

Program ini akan meneruskan siri jelajah ke lima lokasi lain iaitu Langkawi, Kedah, Pasir Puteh, Kelantan, Parit Buntar, Perak, Temerloh, Pahang dan Tawau, Sabah.

Dalam perkembang­an lain, Amin berkata, pemansuhan Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi kayu pengukur kepada pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) sekolah tidak akan menjejaska­n, malah lebih bersifat holistik.

Katanya, empat penekanan akan diberikan untuk memastikan murid sekolah diberikan perhatian kerana KPM menekankan pencapaian standard minimum untuk setiap pelajar.

 ??  ??
 ?? Dr Amin Senin ?? DR Amin (lima dari kiri) pada Program Jelajah Pendidikan KPM 2018 di Kajang, semalam Ketahuilah bahawa asas pendidikan di negara ini adalah pendidikan percuma dan kerajaan tetap meneruskan­nya sebagai inisiatif mendahuluk­an rakyat, melainkan sumbangan...
Dr Amin Senin DR Amin (lima dari kiri) pada Program Jelajah Pendidikan KPM 2018 di Kajang, semalam Ketahuilah bahawa asas pendidikan di negara ini adalah pendidikan percuma dan kerajaan tetap meneruskan­nya sebagai inisiatif mendahuluk­an rakyat, melainkan sumbangan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia