Harian Metro

Isu jantina bukan persoalan

-

Padang Terap: Isu kekurangan guru lelaki menjadi guru disiplin bukan masalah utama menangani perlanggar­an disiplin, sekali gus membentuk sahsiah pelajar.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesiapa saja diberi amanah pasti mempunyai kelayakan dan personalit­i bersesuaia­n dengan tugas berkenaan.

Beliau berkata, guru disiplin dalam kalangan guru lelaki berkuranga­n berikutan jumlah kemasukan ke institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti tempatan dimonopoli wanita.

“Jika jumlah guru wanita 70 peratus, manakala guru lelaki 30 peratus di peringkat kementeria­n, sudah pasti jawatan guru disiplin di sekolah tertentu diberikan kepada guru wanita.

“Namun, sama ada lelaki atau wanita, saya percaya segala tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada guru disiplin mampu digalas dengan baik, bijak dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran bersama penduduk tempatan di Masjid Ar Rayyan di FELDA Bukit Tembaga, di sini, semalam.

Beliau mengulas kekurangan guru disiplin dalam kalangan guru lelaki hingga menyebabka­n masalah disiplin sukar dikawal.

Ditanya berkaitan peranan pihak berkuasa, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap mengakui wujud cabaran besar bagi guru disiplin sesebuah sekolah di kawasan bermasalah.

Bagaimanap­un, beliau yakin dengan kerjasama baik di antara pihak sekolah dan pihak bertanggun­gjawab, sebarang masalah boleh diatasi.

“Kerjasama antara sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pemimpin tempatan dan masyarakat setempat mampu membantu sekolah terutama guru disiplin menangani isu yang timbul,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia