Harian Metro

HTCP ‘lahir’ 200 tenaga pakar halal

-

Bangi: Program Latihan Kemahiran Teknikal Halal (HTCP) anjuran Halal Internatio­nal Selangor (HIS) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bakal mengeluark­an 200 tenaga pakar industri halal, tahun ini.

Inisiatif julung kali diadakan menerusi program Pembanguna­n Kecekapan dan Kapasiti Industri Dagangan Halal Selangor itu dilaksanak­an merealisas­ikan hasrat Selangor menjadi hab halal utama di negara ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankua­sa Adat Melayu, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, HCTP adalah skim latihan jaminan halal yang bakal melebarkan akses pasaran halal bukan saja ke peringkat nasional, malah ke antarabang­sa.

“Sebagai permulaan, 30 pensyarah KUIS dari pelbagai fakulti akan dilatih dalam beberapa siri latihan di dalam dan luar negara.

“Mereka akan berperanan sebagai penyelia tenaga mahir dalam bidang masing-masing untuk melatih eksekutif halal sama ada di peringkat industri, pihak berkuasa tempatan mahu pun jabatan berkaitan.

“Usaha memperkasa pengurusan dan pengendali­an produk halal itu selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menerajui hab halal di negara ini selain mewujudkan ekosistem dagangan industri halal di peringkat antarabang­sa,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian program berkenaan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Halal Internatio­nal Selangor Datuk Mahmud Abbas dan Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidik­an) KUIS, Dr Mokmin Basri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia