Harian Metro

Terkedu diserbu

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Pendatang asing tanpa izin (PATI) bertempiar­an sebaik ‘tempat tinggal’ mereka digempur pihak berkuasa dalam dua serbuan berasingan di Bandar Kinrara dan Bandar Puteri, Puchong, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan Operasi Cegah Jenayah Bersepadu Operasi Nyah kira-kira jam 9 malam itu, seramai 315 warga asing di kedua-dua lokasi berkenaan yang juga kawasan tapak pembinaan diperiksa.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi itu.

“Di lokasi pertama di Bandar Kinrara, Puchong, kami memeriksa seramai 201 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan berkenaan. Daripada jumlah itu, 26 individu berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan.

“Mereka yang ditahan termasuk lima wanita terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Pakistan,” katanya.

Megat berkata, pihaknya

 315 PATI putih tapak kaki digempur pihak berkuasa

menahan sembilan PATI di Bandar Puteri, Puchong, di sini, selepas pemeriksaa­n dilakukan terhadap 114 warga asing di lokasi berkenaan.

“Pada lokasi kedua, kami menahan sembilan warga asing dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun selepas gagal mengemukak­an dokumen perjalanan diri yang sah dan tinggal melebihi tempoh.

“Semua yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Operasi Nyah.
SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Operasi Nyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia