Harian Metro

APMM sasar 10,000 anggota sertai PSSMM

-

Putrajaya: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menyasarka­n 10,000 anggota menyertai Pasukan Sukarelawa­n Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) di seluruh negara menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, sehingga kini, pihaknya mempunyai 5,000 anggota PSSMM dan ia akan memperkuku­hkan lagi peranan agensi berkenaan.

“Anggota PSSMM ini antaranya terdiri daripada komuniti maritim sendiri termasuk di sekitar pesisiran pantai negara, malah mereka juga menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kami.

“Mereka juga melaporkan kepada kita sebarang masalah berkaitan keselamata­n dan kegiatan di pesisiran pantai untuk tindakan APMM,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan acara pelepasan Kembara Desmo MCG, di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka yang menyertai PSSMM dipilih berdasarka­n beberapa kriteria termasuk minat dan fizikal, malah perlu menyertai latihan dari semasa ke semasa.

“Elaun RM6.80 sejam akan dibayar kepada anggota PSSMM, manakala RM7 sejam untuk lain-lain pangkat,” katanya.

Pada 19 Disember tahun lalu, Rang Undang-Undang Akta Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Negara selepas bacaan kali ketiga.

Kelulusan itu membolehka­n Akta Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia 633 dipinda buat kali pertama sejak diwartakan pada 2004 dan ia sekali gus membolehka­n peruntukan berhubung penubuhan PSSMM, Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) serta pewujudan Lokap Maritim Malaysia.

Berkaitan pelepasan kembara itu, Abdul Rahman berkata, ia membabitka­n 46 motosikal jenis Ducati Desmo dan turut disertai oleh Kelab Pemilik Ducati Desmo Malaysia sempena sambutan Hari Ulang Tahun APMM ke-13 dari Putrajaya ke Kuantan, Pahang sejauh 300 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia