Harian Metro

RISIKO SENDIRI

- Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

 BNM tidak larang labur mata wang kripto setakat ini

Bank Negara Malaysia (BNM) mengulangi pendiriann­ya bahawa Malaysia tidak melarang pelaburan mata wang kripto buat masa ini, sebaliknya membiarkan pasaran membuat keputusan mengenainy­a.

Gabenornya Tan Sri Muhammad Ibrahim bagaimanap­un menegaskan wang kripto kekal tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakuk­an

Beliau berkata, bagi mereka yang melabur dalam mata wang kripto mesti tahu ia berisiko tinggi.

“Orang ramai mesti tahu apa yang mereka sertai (pelaburan mata wang kripto), yang pertama ia bukan wang fiat dan kita tidak mengiktira­fnya sebagai mata wang sah diperlakuk­an.

“Jika mereka melabur dalam kripto, mereka mesti tahu risikonya,” katanya pada majlis makan malam sempena Ulang Tahun ke-40 Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai mata wang kripto dalam sesi soal jawab selepas menyampaik­an syarahan pada majlis makan malam itu.

Muhammad berkata, Malaysia mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap mata wang kripto, tidak seperti beberapa negara yang memutuskan untuk melarangny­a.

Beliau berkata, kertas konsep mengenai mata wang digital itu sedang dirangka dan akan dimuktamad­kan pada bulan ini.

“Pada asasnya, kami akan memastikan promoter mata wang kripto untuk menjadi lebih telus, metodologi pemulihan harga yang telus dan orang yang bertanggun­gjawab di sebaliknya juga telus.

“Harapnya, keputusan (pelaburan) dapat dibuat setelus mungkin,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Muhammad melahirkan kebimbanga­n terhadap pembekalan rumah mampu milik yang mana harganya tidak mampu dimiliki golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (gaji dalam lingkungan RM3,855 dan ke bawah).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia