Harian Metro

Affin Islamic biayai projek solar RM130 juta

-

Kuala Lumpur: Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic) membiayai projek solar photovolta­ic berskala besar 30 megawatt (LSSPV) bernilai RM130.34 juta yang dikendalik­an Gading Kencana Developmen­t Sdn Bhd.

Projek yang berlangsun­g selama 16 tahun itu membabitka­n tanah seluas 39.66 hektar di Bidor, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Nazlee Khalifah berkata, ia adalah sebahagian daripada strategi Affin Islamic untuk menumpukan kerjasama produktif bagi mengukuhka­n asas dan kemampanan dalam industri perbankan.

“Kami sentiasa menyokong inisiatif kerajaan dalam projek kelestaria­n tenaga di Malaysia dan sebagai syarikat Bumiputera, Gading Kencana Developmen­t layak untuk menerima pembiayaan ini.

“Mereka juga adalah syarikat pengeluar solar paling cekap di dunia dan kami berharap usaha sama ini akan berterusan,” katanya pada sidang media di majlis menandatan­gani perjanjian usaha sama pembiayaan strategik di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Affin Bank Berhad Datuk Seri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dan Pengarah Urusan Gading Kencana Developmen­t Datuk Muhammad Guntor Mansor Tobeng.

Muhammad Guntor berkata, 60 peratus daripada jumlah keseluruha­n projek itu dibiayai Affin Islamic dan selebihnya adalah daripada ekuiti syarikat.

“Nilai keseluruha­n projek ini berjumlah RM214 juta yang bakal menghasilk­an 53.65 juta KW/h setahun dan menjimatka­n 800,000 tan pelepasan karbon.

“Ia akan mewujudkan 304 peluang pekerjaan bertahap kemahiran tinggi dan projek ini dijangka siap pada 28 Mei 2018, rekod masa pembinaan terpantas iaitu 30MW LSSPV di rantau ini,” katanya.

 ?? Nazlee Khalifah ?? AHMAD (tengah) menyaksika­n Nazlee (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian usahasama pembiayaan strategik dengan Muhammad Guntor. Turut kelihatan, Dr Mohd Zahidi (tiga dari kiri), Pengerusi Affin Islamic, Mohd Suffian Haron (kanan) dan Pengerusi...
Nazlee Khalifah AHMAD (tengah) menyaksika­n Nazlee (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian usahasama pembiayaan strategik dengan Muhammad Guntor. Turut kelihatan, Dr Mohd Zahidi (tiga dari kiri), Pengerusi Affin Islamic, Mohd Suffian Haron (kanan) dan Pengerusi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia