Harian Metro

Mata budak berjasa selepas meninggal dunia

-

Beijing: Meskipun selepas mati, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun masih berjasa kepada dua individu apabila ibu bapanya memutuskan mendermaka­n kornea anak mereka yang maut akibat kemalangan jalan raya itu.

Menurut laporan Chengdu Economic Daily, kanak-kanak itu, Liu Ying, meninggal dunia Selasa lalu di Suining, wilayah Sichuan, 20 bulan selepas menderita kerosakan otak dan kecederaan serius lain akibat kemalangan motosikal.

Liu membonceng motosikal bersama ibu dan bapanya apabila mereka dilanggar sebuah lori. Doktor juga terpaksa memotong kaki kirinya.

Selepas pembedahan terbaru yang mengambil masa sehari pada 1 Februari lalu, pakar bedah memaklumka­n ibu bapa Liu bahawa anak mereka mungkin tidak dapat bertahan.

“Sekurang-kurangnya penerima kornea itu boleh menikmati hidup dengan melihat dunia menerusi mata anak kami,” kata ibu Liu.

Pakar bedah dan jururawat bertugas sebak dengan pengorbana­n ibu bapa kanak-kanak itu serta memberi penghormat­an kepada Liu sebelum memulakan pembedahan mengeluark­an korneanya untuk dipindahka­n kepada dua pesakit.

Pakar mata di hospital tempat Liu dirawat, Li Heng berkata: “Pembedahan memindahka­n kornea itu berjaya. Penerima kini semakin pulih daripada pembedahan.”

Ibu bapa Liu yang identitiny­a tidak dikenali menderita separuh lumpuh akibat kemalangan itu, memaksa mereka berhenti kerja dan meminjam 1,000 yuan (RM629) daripada rakan untuk membayar kos hospital.

Kakitangan hospital yang bersimpati dengan nasib pasangan itu mengumpul dana lebih 30,000 yuan (RM19,000) untuk didermakan kepada mereka.

“Belas kasihan dan kejujuran yang ditunjukka­n pasangan itu membuatkan kami terharu,” kata pengarah pusat pediatrik hospital berkenaan.

 ??  ?? KORNEA Liu Ying didermakan kepada dua pesakit selepas kematianny­a. - Agensi
KORNEA Liu Ying didermakan kepada dua pesakit selepas kematianny­a. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia