Harian Metro

Akui tentera bunuh Rohingya

- Reuters

Kerajaan Myanmar akan mengambil tindakan terhadap 10 anggota keselamata­n Myanmar yang terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai etnik Muslim Rohingya di Rakhine.

Jurucakap kerajaan, Zaw Htay, bagaimanap­un menegaskan ia tiada kaitan dengan laporan Reuters terhadap kejadian berkenaan.

Jumaat lalu, Reuters menerbitka­n laporan memperinci­kan pembunuhan 10 lelaki Rohingya di Inn Din, Rakhine, yang ditanam dalam kubur besar selepas mereka ditetak atau ditembak mati oleh jiran serta askar beragama Buddha.

Zaw berkata, ‘tindakan mengikut undang-undang’ akan diambil terhadap tujuh askar, tiga polis dan enam orang awam hasil siasatan tentera yang dimulakan sebelum laporan Reuters itu diterbitka­n.

Beliau bagaimanap­un, tidak menyatakan tindakan yang akan dikenakan terhadap 16 suspek terbabit.

Pada 10 Januari lalu, tentera mendakwa 10 lelaki Rohingya terbabit adalah sebahagian daripada 200 anggota kumpulan pengganas yang menyerang pasukan keselamata­n. Penduduk kampung beragama Buddha menyerang kumpulan itu menggunaka­n pedang, manakala beberapa antara mereka ditembak mati askar.

Versi tentera itu bagaimanap­un jauh berbeza daripada kisah diceritaka­n kepada Reuters oleh penduduk Buddha Rakhine dan saksi Muslim Rohingya.

Penduduk beragama Buddha sendiri berkata, tiada serangan oleh kumpulan pemberonta­k terhadap anggota keselamata­n di Inn Din.

Menurut saksi Rohingya, berkata, askar mengambil 10 lelaki itu secara rambang daripada ratusan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang berlindung di pantai berhampira­n.

Hampir 690,000 Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke selatan Bangladesh sejak Ogos lalu, selepas serangan

 10 anggota keselamata­n Myanmar ditahan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai

di pos kawalan tentera kononnya oleh pemberonta­k mencetuska­n tindakan balas tentera yang dikatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penghapusa­n kaum.

Susulan siasatan Reuters terhadap kejadian itu, dua wartawanny­a rakyat tempatan Wa Lone serta Kyaw Soe Oo ditahan pada 12 Disember lalu dan kini berdepan tuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi kerana memperoleh dokumen rahsia.

 ??  ?? SEPULUH lelaki etnik Muslim Rohingya dengan tangan diikat ketika ditahan tentera Myanmar di perkampung­an Din, Rakhine, pada 2 September 2017. - Reuters
SEPULUH lelaki etnik Muslim Rohingya dengan tangan diikat ketika ditahan tentera Myanmar di perkampung­an Din, Rakhine, pada 2 September 2017. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia